Sunday, November 17, 2013

6 jam pakai 100 tudung

Perkara pertama terlintas di benak gadis tinggi lampai kelahiran Aalborg, Denmark apabila temannya mempelawa untuk bercuti di Malaysia adalah tandas.
Pengalaman pertama berada di Malaysia pada Mac 2010 ketika transit penerbangan dari Australia ke Denmark, Anna Andersen terkejut melihat jenis mangkuk tandas digunakan rakyat tempatan adalah jenis cangkung, sedangkan dia terbiasa dengan jenis duduk. 
Persinggahan ‘tidak sengaja’ ke negara ini tiga tahun lalu, membuatkan gadis berusia 23 tahun ini yakin dirinya tidak memiliki keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia. 

Nyata tanggapannya salah apabila dijelaskan keadaan sebenar oleh teman rapat yang menetap di Malaysia dalam jangka panjang.
Foto
ANNA seronok menikmati jus buahan segar dan eksotik di Malaysia.

Kunjungan pertama anda ke Malaysia dan apakah tujuannya? 

Saya singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Mac 2010 bersama teman ketika dalam perjalanan pulang percutian dari Australia ke Denmark. 

Kami transit di Malaysia sebelum pulang ke Denmark. Penantian yang memakan masa satu hari itu memberi saya peluang mencuci mata dan membeli-belah di KLIA. 

Pengalaman menggunakan tandas menjadi memori kelakar dan tidak boleh saya lupakan sewaktu di Malaysia. 

Awal tahun lalu, seorang teman mempelawa saya datang ke Malaysia untuk membantunya dalam kerja-kerja ‘stylist’ (jurugaya fesyen). 

Mulanya, saya teragak-agak untuk menerima namun selepas mendengar cerita menarik mengenai negara ini, saya kembali ke Malaysia buat kali kedua pada Jun lalu. 


Pernahkah anda mendengar nama Malaysia sebelum ini? 

Ya, saya mengenali Malaysia menerusi program berkembar membabitkan kerjasama universiti antara Denmark, Malaysia juga Singapura. 

Saya juga pernah melihat program berbentuk prebiu mengenai program komedi di Denmark menerusi televisyen. 

Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan memilih Malaysia sebagai destinasi utama, begitu juga dengan anggapan ibu bapa. Mereka menjangka saya akan memilih New York mahupun London sebagai lokasi penyelidikan tesis. 


Kesukaran yang anda alami sepanjang di Malaysia? 

Saya tidak perlu gusar mengenai cuaca panas di sini kerana saya sangat menyenanginya. Bagi saya, bahasa adalah kesukaran utama. 

Walaupun ada yang pandai berbahasa Inggeris, ada juga tidak boleh bertutur bahasa berkenaan. Mengambil contoh, baru-baru ini penyaman udara di pejabat rosak dan saya bertanggungjawab memanggil juruteknik, tetapi masalahnya dia tidak boleh berbahasa Inggeris manakala saya tidak pandai berbahasa tempatan. 

Selepas beberapa hari, kerosakan sama berlaku dan saya cuba menghubunginya kembali, tetapi dia enggan kerana sukar untuk kami berkomunikasi. 

Walaupun saya faham beberapa perkataan seperti cantik, boleh, terima kasih, sama-sama, saya masih belajar. 

Uniknya, orang Malaysia bercakap mencampur-campurkan bahasa lain. Biarpun begitu, saya menghargai keunikan kebudayaan, gaya hidup dan penerimaan masyarakat Malaysia. 


Pengalaman menarik sepanjang di Malaysia? 

Hari pertama tiba di Malaysia dan masih ‘jetlag’ selepas perjalanan memakan masa panjang, saya diminta menjadi model hijab. Dalam keadaan penat, saya terpaksa memakai hampir 100 tudung bagi sesi fotografi selama enam jam itu. 

Teman saya mempunyai perniagaan tudung online dan masih baru, jadi dia tidak mempunyai pilihan lalu menggunakan saya sebagai modelnya. 

Selain tuntutan agama Islam, tudung menjadi fesyen pada hari ini dan pilihan untuk memakainya terletak pada individu, tiada paksaan. 

Hari ini, saya tidak lagi menjadi model hijab tetapi selaku ‘stylist’, saya perlu mencipta gaya fesyen bertudung yang baru. 


Lokasi kegemaran anda? 

Pulau Langkawi. Saya pernah bercuti di sana dan menjadi destinasi percutian keluarga Disember nanti. Saya menyukai Bangsar Village kerana konsepnya membuatkan saya berada di ‘rumah’.
@hmetro.com.my


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...