Zahiril, dan Shera
PELAKON utama filem Bunohan, Zahiril Adzim menafikan dirinya bercuti panjang daripada dunia seni seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini.
Laporan itu menyebut Zahiril bercuti panjang demi isterinya, Shera Ayob yang sedang hamil anak pertama mereka.
"Tidak. Itu salah. Saya bukannya bercuti dari dunia lakonan. Saya ingat lagi, saya kata, saya cuma lari daripada 'limelight'.
"Saya masih lagi berlakon, cuma tak pergi majlis-majlis yang gah dan glamor kerana saya mahu fokus pada lakonan dan keluarga...Shera pun sedang hamil empat bulan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas tayangan filem Bunohan sempena Program Merakyatkan Filem, hari ini.
Pelakon itu juga mengakui kurang memberi tumpuan kepada keluarga berikutan terlalu sibuk dengan kerjaya lakonan beliau.
"Ini anak pertama, jadi kami mahu berikan sepenuh perhatian. Sebelum ini saya kurang memberi perhatian kerana terlalu sibuk dengan penggambaran," katanya.
Zahiril kini sedang mempersiapkan diri untuk filem terbarunya yang bakal memulakan penggambaran bulan depan.
Dalam pada itu, Zahiril menegaskan dunia lakonan masih menjadi mata pencarian utamanya.
"Saya masih berlakon. Lakonan masih lagi menjadi sumber periuk nasi saya. Kalau saya berhenti nanti, nak makan apa kan.
"Cuma saya memang tak ambil langsung kerja luar..luar dari Selangor dan KL saya memang tak ambil," katanya.
Pelakon berusia 29 tahun ini bakal kembali menerima tawaran kerja di luar selepas kelahiran anak pertamanya itu.
"Selepas dah ada anak nanti, kalau semuanya baik-baik saja, tak ada masalah, saya akan sambung balik untuk kerja luar," katanya.
Ketika ditanya tentang kerjaya isterinya sebagai pelakon selepas melahirkan anak kelak, Zahiril akui tidak menyekat kehendak Shera.
"Saya tidak mahu mengongkong bakat seni seseorang apatah lagi isteri saya. Saya tak pernah halang. Kalau dia mahu berlakon, saya tak kisah.
"Jika dia rasa nak duduk rumah, jaga anak, terpulang... apa-apa saja keputusan dia, saya setuju," katanya.
Selepas mendirikan rumah tangga November 2011, Shera disahkan hamil setahun kemudian
@sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment