Memegang watak sebagai Syuhara didalam drama terbaru Ruby terbitan MIG menjadikan ini lakonan pertama Siti Saleha bersama penerbit paling produktif menerbitkan drama & filem di Malaysia iaitu Mr David Teo.
![Siti Saleha - Ruby](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLl6XBv2znIHReXx4mtoN8D38G2qV3IA_c6yBqpLAb4hnmCkV_RlqfC0gFkgXtSnyi0JLrmUph9_23Bs9_YCpfCrj8hBAasQM0xIkpRfO1MtDMheeajrofPBYYIQ8eupFvX6Mr9Cmjds8/s1600/IMG_0190.jpg)
Gaya istimewa Siti Saleha diperagakan untuk Lensa kami
Berkesempatan bertemu dengan Siti Saleha baru – baru ini memberi kami sedikit ruang untuk bertanyakan tentang penglibatanya bersama MIG. Benarkah dia sudah menyertai syarikat penerbitan tersebut?
“Sebenarnya drama Ruby yang kini tengah bersiaran setiap hari Selasa – Khamis merupakan lakonan pertama saya dengan MIG. Dapat bekerjasama dengan mereka sangat bagus tambahan pula saya diberitahu oleh Mr David, drama ini mendapat feedback yang positif.”
“Berkenaan isu sama ada saya menyertai MIG ini tak pasti lagi. Sebelum berlakon untuk MIG saya dah ada nama dan agak stabil sedikit dalam industri. Lagipun saya selesa untuk bergerak sendiri. Tapi tengoklah nanti macam mana kalau diorang ada offer ke, saya kena pandai-pandailah untuk buat pertimbangan sama ada perlu atau pun tidak menyertai mereka. Semua artis perlu cari rezeki dan jika itu peluang yang terbaik untuk saya kenapa tidak.” Ujar Siti Saleha
![Siti Saleha - Ruby](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJYTpITfz0DvQ3NGuaYW-Ri4hY7oGQD_6xE6PpMHm3OPF_yq0m0U8Jn5HKjBNSyzSY18nzGCWn5DdDjDwjla5ucbD83prhvkn5PI0a-BKFhcz-O9u-JBS4oftBoCJ1itaHyDciERwRocw/s1600/IMG_0295.jpg)
Menyentuh berkenaan sebagai Top 5 ‘Pelakon TV Wanita Popular’ pula, Siti Saleha ternyata agak terkejut dengan pencalonan tersebut. Jelasnya pencalonan awal yang membariskan beberapa nama yang popular sudah membuatkan dirinya sedikit tidak meletakan apa-apa harapan untuk tercalon diantara Top 5 ABPBH.
“Alhamdulillah walaupun saingan agak hebat dengan nama-nama yang besar tapi saya masih tercalon juga untuk senarai akhir. Menang tak menang tu bergantung kepada rezeki dan juga undian dari peminat.”
“Saya akuilah peminat saya tidaklah ramai sangat tapi mereka yang betul – betul sokong saya selama ini memang bekerja keras untuk memastikan saya menang dan itu yang saya hargai.
Siti Saleha di Majlis Pengumuman Top 5 ABPBH
Mengakhiri pertemuan ringkas di Majlis Malam Bersama Bintang bagi drama-drama terbaru TV3, Siti Saleha juga nyata bertuah apabila dimaklumkan sudah mempunyai peminat yang semakin hari semakin meningkat terutamanya dari negara Singapura & Brunei.
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment