Ketika ini dapat dilihat hampir setiap artis yang tercalon bagi top 5 ABPBH melobi bagi diberikan undi tahkala hitungan hari untuk anugerah ini tinggal beberapa bulan saja lagi.
Kategori bagi Artis Baru Wanita yang membariskan nama-nama popular seperti Ainan Tasneem, Emma Maembong, Hanez Suraya, Nad Zainal & Wawa Zainal pada kali ini pastinya mendatangkan saingan yang sengit kerana masing – masing mempunyai pengaruh yang tersendiri.
Baru baru ini crew kami sempat bertemu dengan Hanez Suraya bagi mendapatkan pandanganya tentang persaingan yang terdapat bagi Kategori ini. Menurut Hanez, sainganya bagi kategori ini datangnya dari Wawa Zainal yang kini sedang ditayangkan dramanya di TV3 berjudul Cinta Qaseh.
“Bagi Hanez setiap pencalonan top 5 bagi katogeri ini semuanya memang hebat. Tapi Hanez lebih melihat Wawa Zainal sebagai saingan utama yang mampu merangkul anugerah bagi Artis Baru Wanita Popular pada tahun ini”
“Bukanya menidakkan ataupun memperlekehkan calon yang lain, tapi berdasarkan popularitinya Hanez rasa Wawa memang saingan utama”
Ditanya tentang strategi yang akan digunakan bagi meraih undi dari peminat pula, Hanez tegas menidakkan adanya apa-apa strategi istimewa yang dirancangkan.
“Nak kata ada apa – apa strategi tu tak ada la sangat. Hanez lebih selesa membiarkan peminat yang menentukan undi yang hendak diorang berikan. Lagipun Hanez nak diorang undi sebab percaya dengan bakat yang ada pada Hanez.” Ujar Hanez Suraya
p/s : Kantoi Gambar Mesra Hanez Suraya & Randy Pangalila
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment