Friday, January 11, 2013

Farid Kamil Akhirnya Bersuara Mengenai Kontroversi Uniform PDRM


Sebelum ini Farid Kamil tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kontroversi uniform PDRM yang dipakai olehnya ketika majlis resepsi perkahwinan. Hari ini, menerusi Harian Metro, Farid Kamil tampil menjelaskan isu tersebut.
farid kamil
Menurut Farid Kamil, kontroversi ini berpunca daripada tindakan seorang penulis blog yang memutar belit fakta dengan tujuan memalukannya. Farid Kamil berkata:-
Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa. Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya.
farid kamil
Kesian pulak Abang Nara kat Farid Kamil ini. Bermacam-macam ujian yang ditempuhnya. Semoga Farid Kamil tabah menghadapinya. Semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin sekaligus Farid Kamil dapat menempuh kehidupan alam rumahtangga dengan lebih tenang.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...