Thursday, January 10, 2013

Aishwarya Rai Sedia Bertemu Bekas Kekasih Suami


Aishwarya dan suaminya Abishek.
KEBANYAKAN wanita akan memilih untuk mengelak daripada bertemu dengan bekas kekasih mahupun isteri pasangannya. Begitu juga dengan bintang Bollywood, Aishwarya Rai yang sering berbuat demikian.
Bagaimanapun, menurut laporan One India, aktres itu akan bertemu dengan bekas kekasih suaminya, Abishek Bachchan, iaitu Karishma Kapoor di acara Award Gala yang akan diadakan di Dubai nanti.
Kedua-dua pelakon itu telah mendapat undangan acara berprestij itu, malah telah mengesahkan kehadiran masing-masing.
Aishwarya dan Karishma pernah akrab sebelum Abishek hadir dalam hidup mereka.
Sebelum ini, Aishwarya sering mengelak daripada bertemu dengan Karishma. Bagaimanapun bagi Award Gala kali ini, sekiranya dua aktres ini bertembung, wajah canggung mereka pasti tidak dapat disembunyikan lagi.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...