Saturday, December 15, 2012

Styles rai Swift dengan kek cawan



ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan One Direction terdiri daripada Payne (kiri) yang berdiri di sebelah Malik, Styles, Horan dan Tomlinson. - Agensi


LOS ANGELES – Seorang anggota kumpulan One Direction, Harry Styles meraikan ulang tahun kelahiran penyanyi dari Amerika Syarikat (AS) Taylor Swift dengan membelinya sekotak kek cawan, lapor akhbar dalam talian, MailOnline semalam.
Swift meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-23 kelmarin.
Styles yang berusia 18 tahun menempah 23 kek cawan dari pihak Custom Cupcake Company di Warrington, England tidak jauh dari rumah anggota kumpulan One Direction itu.
Pemilik syarikat kek cawan itu, Matt dan Kelly Blakey dihujani penggilan telefon dari AS dan stesen televisyen Britain selepas berita tersebut tersebar.
Menurut Matt, dia sebelum ini menerima panggilan telefon berhubung tempahan kek tersebut yang perlu dibuat dengan segera dan ia adalah untuk Styles.
Matt berkata, dia mengetahui tentang ulang tahun kelahiran Swift hanya selepas melayari berita di internet.
Styles kini menjalin hubungan dengan Swift. bagaimanapun, mereka masih belum mengesahkan hubungan tersebut kepada media.
Sementara itu, kumpulan tersebut diumumkan sebagai Artis Untuk Tahun 2012 MTV kelmarin.
Menurut MTV yang menjadi saluran hiburan muzik, kumpulan itu merupakan pilihan utama ekoran kejayaan lagu-lagunya seperti What Makes You Beautiful diminati ramai peminat.
Kumpulan dari Britain itu turut dianggotai oleh Liam Payne, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2F6HMETvO 
Hakcipta terpelihara 

Mencari makanan tradisional di Melaka? Singgahlah ke kedai kami!

seri tiga keterah 743


No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...