Sunday, December 9, 2012

Pierre Andre Mengharapkan Filem yg lebih Berkualiti


Agak Sukar pada ketika ini kita dapat menonton filem-filem berkualiti yang dibikin oleh anak tempatan. Yang ada hanyalah filem-filem tempelan yang bersifat klise sekadar untuk memeriahkan panggung tempatan sahaja.

Pierre Andre Strawberry Cinta
Hal ini juga turut diakui oleh Pierre Andre yang baru baru ini telah memenangi Anugerah Yasmin Ahmad di ASK 2012.
“Sepanjang pembabitan saya didalam bidang lakonan ini hanya filem seperti Sepi & Cinta yang diarahkan oleh Khabir Bhatia dirasakan terbaik yang pernah saya lakonkan”
“Saya sentiasa mengharapkan dapat terlibat didalam filem filem yang luar biasa dan berkualiti seperti Songlap & Bunohan. Tapi masih belum ada peluang untuk saya” Jelas Pierre yang kami ditemui semasa majlis Tayangan Perdana Strawberry Cinta.

Pierre Andre Strawberry Cinta
Tambah Pierre lagi dia sememangnya anti membawa watak sebagai Hero seperti mana watak yag sering dibawa oleh Aaron Aziz & adi Putra.
“Saya memang tak suka watak-watak Hero dan saya lebih suka bawakan watak yang anti Hero, Sebab karakter saya bukan kearah watak seperti itu. Saya tahu apa kelebihan dan kekurangan saya. Kalau bagi watak macam Rambo dekat saya memang lain la jawabnya” Ujarnya sambil ketawa.
Ditanya tentang perkembanganya pula Pierre akui kini sedang giat untuk menyiapkan novelnya yang kini sudah hampir 50% siap.
“Novel yang saya sedang tulisnya ini berjudul ‘Perjalanan Ke Darul Salam’. Ilham untuk hasilkan novel ini bagi saya merupakan anugerah dari Allah Swt. Novel ini tidak ada kaitan dengan apa perubahan yang saya alami sekarang dari segi mendekatkan diri dengan Pencipta, ianya lebih bersifat Umum. Bagi saya pula hidup kini ada batasan dalam setiap perbuatan, tidak seperti dulu main langgar je ”
Untuk makluman Pierre akan muncul dengan filemnya yang terbaru iaitu Strawberry Cinta lakonan bersama Yana Samsuddin yang akan ditayangkan diseluruh pawagam bermula esok.
@buahmulut.com
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
info lanjut sila layari mhiteguh.com
8 photos | 976 views | Add a comment?
items are from 29 Jan 2012.
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
Mhi Teguh Enterprise, Melaka.
Subscribe to a feed of stuff on this page... Feed – Subscribe to the set "Set Khemah/ Kanopi (Tema Biru + Putih)"


No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...