Wednesday, December 5, 2012

Kehidupan normal seorang kidal



PADA usia empat tahun, Abdul Raouf Mohd. Dahlan, 32, telah mula menunjukkan minat menulis. Tanpa perlu dipaksa, dia akan menggenggam batang pensel lalu cuba menulis abjad ABC dan seterusnya.
Namun, pada waktu itu Abdul Raouf yang lebih mesra dengan panggilan Raouf lebih gemar menggunakan tangan kidal untuk menulis.
Tidak setakat itu, apa sahaja yang dilakukan seperti mengambil atau menghulurkan barang dia akan menggunakan tangan yang sama.
Menyedari kelainan pada Raouf, ibunya, Rusimah Mohd. Salleh, 54, berasa bimbang lalu menegur anak sulung daripada lapan adik-beradik itu supaya menggunakan tangan kanan.
Begitupun Raouf memberitahu, dia berasa kekok apabila menggunakan tangan kanan.
“Ia umpama individu tangan kanan melakukan sesuatu pekerjaan dengan tangan kiri. Sudah pasti, ia sesuatu yang sukar,” ujarnya.
Begitupun, Raouf mengakui walaupun menggunakan tangan kidal dalam urusan harian tetapi dalam bab-bab makan, dia akan menggunakan tangan kanan.
Bagaimanapun, kelainan itu bukanlah satu kejanggalan bagi Raouf pada awalnya, sehinggalah dia mula masuk ke sekolah.
Tulisan tahi
Tatkala rakan-rakannya menulis dengan tangan kanan lain pula kisahnya dengan Raouf.
Ketika berada di tahun tiga, Raouf yang menuntut di sebuah sekolah di Kuang, Selangor mengakui dia menerima tamparan hebat akibat ditegur oleh seorang guru Bahasa Malaysia di sekolah itu gara-gara tulisannya yang hodoh.
‘Sudahlah tulis dengan tangan tahi, tulisan pun macam tahi.’ Herdikan itu sangat berbekas di hatinya kerana menjadi bahan ejekan rakan-rakan sekelas.
“Saya berasa sungguh kecewa dengan teguran guru tersebut tetapi saya mengakui ketika itu tulisan memang buruk dan comot berbanding rakan-rakan yang lain.
“Lagipun, pada masa itu guru-guru menganggap walaupun seseorang murid itu tidak pandai dalam pelajaran, ia tidak menjadi masalah, sebaliknya mereka (guru) lebih menitik berat penulisan yang kemas dan cantik,” ujar Raouf bahawa gurunya sering kali mengetuk tangannya.
RAOUF kini sering mendapat pujian kerana tulisannya yang cantik dan kemas walaupun menggunakan tangan kiri.


Bercerita lanjut mengenai pengalaman pahit itu, Raouf bapa kepada tiga orang anak berkata, bertitik-tolak daripada kritikan gurunya, dia berjaya menulis dengan baik.
Akibat takut dengan guru tersebut, Raouf mengambil masa dalam dua bulan untuk menulis dengan kemas.
“Pada mulanya, ia suatu proses yang agak sukar tetapi melihat kebengisan guru itu, saya berusaha sedaya upaya untuk menulis dengan baik,”katanya walaupun susah tetapi dia berjaya memperbaiki kelemahan tersebut.
Sambil menulis beberapa perkataan jawi dan bahasa Melayu, guru di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sungai Buloh itu mengakui dia bukan mahu mendabik dada tetapi kini tulisannya seringkali dipuji. Malah, dia turut menitikberat tulisan yang kemas dalam kalangan murid-muridnya.
“Saya sentiasa menasihatkan mereka supaya menulis dengan kemas kerana jika tulisan tidak difahami maka, mesej yang ditulis itu tidak akan sampai kepada pembaca,” ujarnya sambil menyifatkan tulisan terang dan jelas amat penting dalam peperiksaan untuk memudahkan pemeriksa kertas faham jawapan murid-murid.
Cabaran kidal
Ditanya mengenai masalah yang dihadapi terutama penggunaan peralatan yang dikhaskan untuk golongan tangan kanan, Raouf berkata, ia tidak menjadi masalah kepada dirinya.
Sebagai contoh, gunting, pembaris, pembuka tin dan pelbagai barang lain, walaupun sukar untuk menggunakan peralatan itu tetapi dia cuba menggunakan tangan kanan untuk melakukan beberapa aktiviti.
“Saya bukannya tidak boleh menggunakan tangan kanan, ia masih boleh digunakan untuk makan dan bersilat,” ujar jurulatih Muda Seni Gayung Bahagian Negeri Selangor itu.
Alat-alat yang digunakan dalam seni warisan itu ialah seperti simbat dan keris. Senjata-senjata itu sememangnya dikhaskan untuk golongan tangan kanan.
Sambil menunjukkan ekor cicak yang terdapat di tepi bahagian keris untuk meletakkan jari telunjuk, Raouf menjelaskan peralatan itu sesuai untuk orang tangan kanan. Jadi, dia tidak mempunyai pilihan selain menggunakan tangan kanan.
Apa yang pasti, Raouf merupakan salah seorang daripada 10 peratus populasi di dunia ini yang merupakan individu kidal. Bahkan istimewanya golongan tangan kiri itu, Hari Tangan Kidal Antarabangsa diwujudkan pada 13 Ogos 1976. Ia disambut setiap tahun sehingga hari ini.
Sambutan itu bertujuan mendedahkan kesukaran orang tangan kidal untuk berhadapan dengan dunia yang didominasi oleh pengguna tangan kanan. Biarpun menjalani kehidupan seperti insan normal lain tetapi mereka sering didiskriminasi. Hari Tangan Kidal diwujudkan untuk menangkis persepsi negatif terhadap golongan itu.
Faktor genetik
Selain Raouf, isterinya juga merupakan tangan kidal. Menurut Norsaimah Md. Said, 29, dia membuat segala urusan dengan menggunakan tangan kidal kecuali makan.
ISTERI Raouf, Norsaimah juga seorang kidal.


Ketika zaman kanak-kanak dan remaja, dia tidak berhadapan dengan masalah cuma selepas mempunyai anak sulung dia mula berasa sukar dalam hal-hal mengajar anak memegang pensel.
Memandangkan anak sulungnya itu tidak mewarisi genetik ibu bapanya, Norsaimah yang tidak lekang dengan senyuman itu mengakui sukar memegang tangan anaknya untuk menulis.
“Saya kiri, Adam pula tangan kanan, jadi tangan kami berdua akan berlaga dan tulisan Adam menjadi tidak kemas,” jelasnya.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri, Noramalina Idris, 27, dan Mohd. Ehsan Jantan, 32, yang mempunyai anak tangan kidal mengakui satu cabaran kepada mereka.
Anak mereka, Nurul Atiqah, 7, sudah menunjukkan simptom tangan kidal terutamanya ketika makan.
Mereka mengakui agak sukar untuk mengubah tabiat anak kecil itu meskipun sudah ditegur.
Noramalina berkata, anaknya itu pernah mencuba menggunakan tangan kanan untuk makan tetapi dia kekok.
“Nurul Atiqah merungut kerana dia tidak dapat makan dengan betul jika menggunakan tangan kanan tetapi saya memujuknya supaya makan dengan tangan kanan,” katanya mengakui anaknya lebih selesa menggunakan tangan kiri.
Sementara itu, Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan penggunaan tangan kanan adalah sunat.
Bahkan Islam menekankan menggunakan tangan kanan terutama ketika makan memandangkan tangan kidal digunakan untuk mencuci najis selepas membuang air besar.
Bagaimanapun, isu tangan kidal lebih kepada soal adab. Justeru, seelok-eloknya orang tangan kiri memperaktikkan menggunakan tangan kanan tetapi tidak sehingga membahayakan diri sendiri.
Sementara itu, perunding pediatrik, Dr. Chin Wai Seong berkata, penggunaan tangan kiri berkaitan dengan fungsi otak kanan dan otak kiri yang diprogram sejak bayi dalam kandungan.
“Seseorang itu yang dilihat menggunakan tangan kiri disebabkan perkembangan otak kanan lebih baik berbanding otak kirinya.
“Sebaliknya, anak yang memiliki kecenderungan tangan kanan bererti otak kirinya memiliki perkembangan lebih baik,”katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau berkata, keadaan itu bukanlah abnormal memandangkan ia bergantung kepada dominasi otak seseorang itu.
Justeru, beliau menasihatkan kepada golongan ibu bapa agar tidak bimbang jika memiliki anak yang menggunakan tangan kiri.
“Jangan memaksa anak-anak menggunakan tangan kanan kerana ia akan menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi,”ujarnya lagi sambil memberitahu beberapa kajian menunjukkan perkara tersebut berlaku disebabkan faktor keturunan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2EBh8Rgj1
Hakcipta terpelihara 


Tahniah! Seri Duyong Homestay telah berjaya membuka homestay ke-2 di lokasi yang sama di Duyong, Melaka! Keterangan lanjut dan tempahan sila layari blog kami! Terima kasih.


www.seriduyonghomestay.com
info lanjut layari seriduyonghomestay.com
86 photos | 1,158 views | Add a comment?
items are from 26 Mar 2012.
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
Subscribe to a feed of stuff on this page... Feed – Subscribe to the set "Eksekutif Homestay, Melaka."



No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...