Sunday, December 16, 2012

Hairul Azreen Hanya Berlakon Stesen TV Popular

 
Hairul Azreen
PETALING JAYA: Pelakon Hairul Azreen berkata dia mahu lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan berdasarkan impak dan populariti sesebuah stesen televisyen (TV).
Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata, populariti dan publisiti terhadap drama yang ditayangkan di sesebuah stesen penting agar lakonannya mendapat perhatian dan ditonton khalayak.
“Bukan saya bersikap sombong atau besar kepala dengan hasrat ini. Sudah tiba masanya saya mengambil tawaran daripada stesen TV yang lebih meninggalkan impak kepada penonton.
“Tanpa saya menuding kepada mana-mana pihak, saya melihat produk-produk yang ditayangkan di pelbagai stesen TV meninggalkan impak dan perhatian berbeza kepada penonton.
“Bukan saya pilih-pilih stesen TV tetapi saya mahu lakonan dalam drama yang dibintangi dapat ditonton oleh khalayak lebih besar berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada siri jelajah Fear Factor Selebriti Malaysia di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini, petang Sabtu.
Aktor yang meningkat popular selepas kejayaan filem Hantu Kapcai ini berkata, tindakan itu bertujuan untuk mendapatkan reaksi penonton terhadap lakonannya dalam drama atau telefilem yang dibintangi.
“Saya orang baru dan perlukan kritikan berterusan daripada penonton. Jika lakonan tidak ditonton, bagaimana saya hendak dapatkan pandangan dan perbaiki kekurangan?
“Saya berasa kurang seronok dan tidak puas jika hasil lakonan tidak ditonton peminat,” katanya.
Dalam pada itu, Hairul mengakui populariti yang semakin berkembang membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih tawaran watak agar ia dapat diterima apabila ditayangkan kelak.
“Sebelum ini saya tercari-cari karakter yang bersesuaian. Ketika saya membawakan watak-watak lasak dan antagonis, orang tidak nampak kewujudan saya.
“Nampaknya sejak membawakan watak pemuda yang comel dan lurus bendul seperti dalam Hantu Kapcai, orang mula beri perhatian.
“Buat masa ini, saya perlu kekalkan dulu watak-watak yang hampir serupa bagi mengukuhkan kepercayaan peminat sebelum beralih kepada karakter lain pada masa akan datang,” katanya.
Selain Hairul dan pasangannya aktor Dazrin Kamarudin, Fear Factor Selebriti Malaysiaturut disertai antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz dan Johan As’ari.
Program yang diacarakan Aaron Aziz itu bakal ditayangkan pada 29 Disember ini, setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Mustika HD.
@mstar.com.my
MAYA TAILOR

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...