Sunday, December 2, 2012

Bosan tonton Lagenda Budak Setan 2



JALAN cerita Lagenda Budak Setan 2 yang terlalu perlahan membuatkan penonton tidak sabar untuk keluar panggung.


FILEM sekuel Lagenda Budak Setan ini menyedihkan. Sedih kerana jalan cerita dan sedih kerana perjalanan filem ini yang terlalu perlahan.
Naskhah arahan Sharad Sharan ini menggunakan tragedi untuk mengumpan penonton bagaimanapun ia kelihatan lemau. Tragedi demi tragedi yang berlaku hasil adaptasi daripada novel Ahadiat Akasyah ini tidak diletakkan dalam mood dan perjalanan yang tepat.
Filem ini agak lembap sehingga merimaskan.
Daripada sudut lakonan, baik Farid Kamil mahupun Maya Karin serta Bront Palarae, mereka membawakan karakter dalam fasa yang sudah dijangkakan. Filem ini sebenarnya diselamatkan oleh kanak-kanak kecil bernama Athirah. Kehadirannya membuatkan filem itu mahu ditonton sehingga habis.



Tidak ada perkataan lebih baik untuk menjelaskan filem ini kecuali ia adalah sebuah tempelan filem Hindustan. Kesedihan berlarutan dan cinta yang tidak sampai itu sudah diceritakan panjang lebar dalam novel yang ditulis oleh Ahadiat. Olahan semula dalam bentuk visual membuatkan penonton tidak sabar mahu keluar panggung.
Filem ini mengisahkan tentang Kasyah (Farid) yang bertemu semula dengan Katerina (Maya) yang pernah singgah dalam hatinya. Namun pelbagai konflik muncul apabila keluarga Katerina tidak merestui perhubungan mereka. Selang cinta itu, ada pula Hisyam (Bront), bekas kekasih Katerina yang masih tergila-gilakan dirinya.
Secara jujurnya, penonton bakal tertarik untuk menonton filem Legenda Budak Setan 3: Kasyah yang sudah ditayangkan trailernya. Filem itu nampak lebih laju, psiko dan berjiwa.
Komen Sofia: Bront dalam rangka Hisyam yang psiko sudah kita tonton dalam Jiwa Taiko. Jadinya, tidak begitu impresif.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_09.htm#ixzz2DryhJr4A
Hakcipta terpelihara 


Kedai kami menjual pakaian kanak2, khidmat photostate, cuci gambar, fotografi, konsultan perkahwinan, mencetak kad kahwin, bis kad murah dan lain2! Singgah ya..tq


new (7) 009
Hakmilik perniagaan/ syarikat Serkam Aman Enterprise.

Perkhidmatan kami:-

1) Wedding Photographer
2) Digital Photo Studio
3) Menjual Pakaian Kanak-kanak
32 photos | 207 views | Add a comment?
items are from 16 Dec 2011.
new (7) 009
new (7) 001
new (7) 002
new (7) 003
new (7) 004
new (7) 005
new (7) 006
new (7) 008
new (7) 010
new (7) 011
new (7) 012
new (7) 013
new (7) 015
new (7) 016
new (7) 017
new (7) 018
new (7) 019
new (7) 020
new (7) 021
new (7) 022
new (7) 023
new (7) 024
new (7) 025
new (7) 026
new (7) 027
new (7) 028
new (7) 029
new (7) 033
new (7) 034
new (7) 036
new (7) 037
new (7) 038
Subscribe to a feed of stuff on this page... Feed – Subscribe to the set "Kedai kami di taman pertam jaya, semabok, melaka."



No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...