Saturday, December 1, 2012

Artis Tunjuk Sokongan Kepada UMNO & Kerajaan


Dj Dave yakin dan percaya Najib mampu melakukan transformasi yang lebih besar pada masa hadapan jika rakyat terus memberi peluang kepada BN untuk terus memerintah.
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2012 turut mendapat perhatian golongan artis tanah air yang hadir menyatakan sokongan padu kepada Umno, kerajaan serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Yayasan Artis 1Malaysia Datuk DJ Dave berkata anggotanya akan turun padang berkempen pada pilihan raya nanti untuk membantu jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi tentangan pihak lawan.
"Saya mengajak semua artis berganding bahu memberi sokongan dengan turun padang menjayakan program yang diatur kerajaan seperti kerja-kerja kebajikan danpembangunan.
"Saya juga akan mengajak ahli-ahli bawah Yayasan Artis 1Malaysia ini membantu kerajaan," katanya kepada Bernama.
Anggota Umno Titiwangsa itu berkata sebagai artis, beliau yakin dan percaya Najib mampu melakukan transformasi yang lebih besar pada masa hadapan jika rakyat terus memberi peluang kepada BN untuk terus memerintah.
Sementara itu penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah menganggap Umno sebagai plafform bagi dirinya untuk melakukan transformasi daripada kehidupan yang tidak bermakna kepada perubahan hidup positif.
Jamal berkata beliau menyahut seruan kerajaan melalui amanat yang disampaikan Najib untuk melakukan lonjakan dalam diri bagi memberi contoh terbaik kepada masyarakat.
"Transformasi bukan sekadar pada pemerintah dan kepimpinan tetapi kepadadiri kita sendiri untuk menjadi lebih berintegriti dan berada di dalam keadaanikhlas," katanya.
AC Mizal berpendapat masyarakat memerlukan pemimpin yang mempunyai peminat yang ramai dan golongan artis mempunyai kelebihan itu untuk mempengaruhi mereka menyokong pemimpin terbabit.
Jamal berkata melalui perjuangan BN, beliau dapat memasyarakatkan dirinya sendiri dan akan terus menyokong parti itu demi kelangsungan hidupnya bagi mencari rezeki dalam bidang seni.
Pelakon dan pengacara Datuk A.C Mizal pula berkata beliau mengharapkan golongan artis diberi ruang yang lebih besar untuk bersama-sama menjayakan perhimpunan agung Umno yang akan datang.
"Tahun ini ramai artis yang datang tetapi tidak dapat memasuki dewan utama, saya agak kecewa sedikit sebab tidak berpeluang untuk mendengar ucapan Presiden Umno semalam secara bersemuka," katanya.
Beliau berkata masyarakat memerlukan pemimpin yang mempunyai peminat yang ramai dan golongan artis mempunyai kelebihan itu untuk mempengaruhi mereka menyokong pemimpin terbabit.
"Artis mampu menjadi mekanisme untuk menyebarkan ideologi yang ingin disampaikan oleh kerajaan," katanya.
Penyanyi Deja Moss pula berkata artis yang ingin menceburi bidang politik perlu memiliki niat yang betul dalammemperjuangkan nasib bangsa, agama dannegara.
"Artis yang mengganggotai parti politik boleh berjuang bersama-sama pemimpinkerana selain menghiburkan orang ramai mereka juga mampu bercakap danberbahas dengan baik,"katanya. - BERNAMA
@mstar.com.my
new pic 98 181
info lanjut sila layari anggerikvilla.com
25 photos | 166 views | Add a comment?
items are from 27 May 2012.
new pic 98 170
new pic 98 171
new pic 98 172
new pic 98 173
new pic 98 174
new pic 98 175
new pic 98 176
new pic 98 177
new pic 98 178
new pic 98 179
new pic 98 180
new pic 98 181
new pic 98 182
new pic 98 183
new pic 98 184
new pic 98 185
new pic 98 186
new pic 98 187
new pic 98 188
new pic 98 189
new pic 98 190
new pic 98 191
new pic 98 192
new pic 98 193
new pic 98 194
Subscribe to a feed of stuff on this page... Feed – Subscribe to the set "Bilik 1 (Master Bedroom), Anggerik Villa 2, Melaka."

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...