Friday, October 12, 2012

Syirik berubat dengan bomoh Siam



PERCAYA pada bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara ghaib boleh membawa kekufuran. - Gambar hiasan


ADAKAH seseorang itu melakukan syirik apabila dia telah berusaha banyak kali berubat cara Islam untuk membuang sihir tetapi tidak sembuh dan kemudian mendapatkan khidmat bomoh Siam. Bagaimanapun, dia sememangnya yakin hasil itu berlaku atas izin Allah?
JAWAPAN:
Suatu penyakit itu merupakan satu ujian Allah, bahkan ia hadiah Allah buat hambanya yang beriman. Namun, ia bergantung kepada diri yang diuji itu sama ada menerima penyakit itu sebagai ujian dengan reda atau sebaliknya.
Memang benar, adakalanya telah pelbagai ikhtiar dilakukan sebagai jalan penyembuhan namun belum berhasil. Inilah hakikat bagi ujian penyakit iaitu mahu menguji sama ada diri yang diuji itu reda dan sabar dengan ketetapan Allah.
Allah ingin menguji dan melihat sama ada kita ingat bahawasanya Allah yang memberikan penyakit dan Dialah yang menyembuhkan penyakit.
Namun, ramai yang tertewas apabila telah berusaha melalui pelbagai cara tetapi tidak sembuh. Lalu mereka terus menggunakan jalan yang khurafat dan syirik seperti berjumpa bomoh Siam, bomoh Hindu atau sebagainya.
Walaupun yakin Allah yang menyembuhkan tetapi cara perubatan itu bercanggah dengan hukum Allah, maka ia syirik dan khurafat kerana niat tidak menghalalkan cara.
Ingat dan fahamilah bahawa itu semua sihir semata-mata. Sungguhpun memang ada kesembuhan, namun hakikatnya ia merupakan penipuan syaitan semata-mata untuk memesongkan anak Adam.
Haram hukumnya memilih jalan khurafat itu kerana unsur syirik iaitu menduakan Allah dan melakukan sesuatu yang terkeluar daripada syariat Islam.
Bertemulah dengan para ahli perubatan Islam yang menggunakan jalan benar sebagai perubatan, Insya-Allah pasti suatu hari akan tiba kesembuhan, sabarlah dan berdoalah serta berserah kepada Allah SWT.
Percaya dengan cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib boleh membawa kepada kekufuran.
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib, lalu percaya dengan kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari” (Hadis Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu, dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritahu tentang perkara-perkara ghaib, maka dia telah kufur dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.” (Hadis Riwayat Bazzar-Jaid). Wallahu A’lam.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...