Wednesday, October 10, 2012

Saya Bukan Berbogel – Nabila Huda


Fuh. Tak tahan Abang Nara membaca kenyataan Nabila Huda di dalam Harian Metro hari ini mengenai kontroversi gaun seksinya di malam Anugerah Blockbuster. Terkesima sekejap dibuatnya. Pening lalat terus kepala.
nabila huda
Korang bacalah sendiri kata-kata daripada Nabila Huda di bawah ini:-
Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf. Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki, namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai, saya menutup bahagia tersebut dengan “tube” hitam. Terus terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesye. Apa pun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang. Cuma apa yang saya harapkan, jangan menilai orang dari cara berpakaian, bergambar atau apa saja. Pertikaikan bakat dan hasil kerja lebih bagus dari mengkritik benda lain. Buang sikap suka menghukum dan berfikiran negatif. Saya berharap, apa saja khilaf yang saya lakukan sama ada sedar atau pun tidak usah babitkan papa
Kalau kat Hollywood pun orang ambil kisah tentang pemakaian selebriti yang terlampau seksi, inikan pula di Malaysia yang penuh dengan adab kesopanan dan kesusilaan. Kalau dah namanya selebriti, pasti semua orang akan ambil tahu apa yang dibuat. Diharap Nabila tak mengulangi lagi kesilapan sebegini di masa hadapan.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...