Tuesday, October 9, 2012

Pergaduhan Mariah Care & Nicki Perkara Kecil


Nick memberitahu pergaduhan isterinya dengan penyanyi rap Nicki Minaj adalah perkara kecil.
SUAMI kepada penyanyi terkenal Mariah Carey iaitu Nick Cannon menganggap pertengkaran di antara isterinya dan seorang lagi juri program American Idol (AI), Nicki Minaj yang terjadi baru-baru ini adalah perkara kecil.
Nick yang juga pengacara program America's Got Talent memberitahu perkara itu telah diperbesar-besarkan sehingga ia menjadi kecoh.
"Ia adalah perkara kecil dan tidak sepatutnya ia diperbesar-besarkan," ujarnya.
Dalam kejadian pada 2 Oktober lalu Nicki Minaj telah menengking Mariah Carey sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya gara-gara tidak sependapat dalam pemilihan peserta American Idol (AI) di Charlotte, North Carolina, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Mariah dan Nicki pernah bekerjasama dalam sebuah lagu berjudul 'Up Out My Face' pada tahun 2009.
Nicki dan Mariah merupakan juri bagi program yang telah pun memasuki musim ke 12 bersama-sama dengan Randy Jackson dan Keith Urban.
Dalam pada itu, portal TMZ melaporkan Mariah telah mengambil langkah keselamatan dengan mengupah pengawal keselamatan dan polis untuk mengiringinya ke tempat uji bakat selepas Nicki dikatakan telah mengugut untuk menembaknya.
Sementara itu, bekas juri program itu, Steve Taylor memberitahu drama yang berlaku di antara dua penyanyi itu hanyalah lakonan semata-mata demi menaikkan rating rancangan tersebut.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...