ertamanya Abang Nara ingin memohon maaf kepada Emma Maembong dan peminat-peminatnya. Ada yang mencarut, bagi death threat dan mencaci Abang Nara kerana entri “Itu Gambar Saya Ketika 15 Tahun“. Fanatik juga peminat Emma Maembong ini rupanya.
Kenyataan Emma Maembong di dalam entri tersebut Abang Nara petik daripada portal Murai. Namun selepas sedikit komunikasi menerusi SMS bersama tuan punya badan sendiri, Emma menafikan pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Emma dengan SMS yang cukup berhemah dan sopan telah menerangkan kepada Abang Nara kenyataan sebenarnya. Abang Nara olah sedikit namun maksudnya tetap sama.
Gambar-gambar itu diambil masa usia Emma masih budak-budak. Seperti orang lain, masa itu Emma pun mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Pemikiran pun tidak matang. Apa yang kawan-kawan pakai, Emma pun pakai juga. Dalam hidup kita, semua orang ada sejarah silam masing-masing. Sejarah ini tak boleh dipadam namun semuanya Emma ambil sebagai pengajaran. Masa remaja kita sering buat sesuatu tanpa berfikir panjang, namun bila dah dewasa kita barulah kita sedar. Emma mohon maaf atas kisah silam Emma. Emma pun baru 4 bulan dalam industri ini. Jadi Emma mohon maaf kepada semua atas kisah silam Emma ini.
Abang Nara nampak keikhlasan dan kejujuran Emma Maembong memohon maaf atas kesilapan masa silamnya. Abang Nara rasa kenyataan “Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja” tidak pernah dikeluarkan oleh Emma. Biasalah kadang-kadang memang ada tokok tambah daripada media untuk menyedapkan lagi cerita.
Kepada Emma, semoga tabah menghadapi kontroversi di dalam dunia hiburan. Anggap sahaja ini sebagai cabaran dan peluang untuk nama anda lebih dikenali. Secara jujur, Abang Nara nampak Emma ada pakej yang lengkap untuk terus popular. Good luck and all the best kepada Emma di masa hadapan.
@beautifulnara.com
No comments:
Post a Comment