Thursday, September 27, 2012

Puteri Sarah Liyana Dah Bersedia Untuk Berkahwin


“Tentang perkahwinan ni Sarah pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau kata nak kahwin esok kahwinla. Sarah memang dah bersedia untuk berkahwin tapi itulah jodoh ni dah ditentukan. Kalau ikutkan saya, 2 tahum lagi kalau boleh dah nak kahwin.”

Ammar & Puteri Sarah Liyana
Begitulah kata kata Puteri Sarah Liyana yang di temui sewaktu majlis pelancaran drama KL Drif bertempat di Finas semalam.
Jelas Sarah lagi dia dan juga Ammar Alfian Aziz sudah banyak kali juga berbincang berkenaan hal ini tetapi masih belum menetapkan sebarang tarikh memandangkan masing-masing terikat dengan jadual kerja yang padat. Ujarnya lagi “Kalau ikutkan memang saya dah bersedia. Lagipun saya dah umur 27 tahun, takkan la saya tak bersedia pula. Saya rasa tak perlu tunang pun, lagipun kami dah kenal lama hampir 4 tahun. Kalau boleh saya nak terus kahwin je.”

Ammar & Puteri Sarah Liyana
Menyentuh berkenaan kerjaya dunia lakonan ini pula Sarah menjelaskan yang dia tidak boleh menetapkan tarikh khusus bila akan berhenti sepenuhnya. Ujarnya ” Kalau boleh dengan 2 ijazah yang saya miliki sekarang ini saya ingin mahu mencuba sesuatu yang lain pula.
Sekarang ni pun saya dah hantar resume di beberapa buah hotel untuk memulakan kerja dalam bidang tersebut. Saya cuba dan berharap ada rezeki dalam bidang ini pula. Kalau saya dapat tawaran kerja nanti kemungkinan saya akan meninggalkan dunia lakonan. Saya tahu bidang lakonan ini berharga tapi saya perlu memikirkan masa depan juga.
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...