Saturday, September 29, 2012

PENYANYI rap Jay Z mengesahkan khabar angin yang mendakwa isterinya, Beyonce Knowles mengandung anak kedua sebenarnya adalah palsu. Menurut laporan Dailymail, Jay Z menegaskan isterinya tidak mengandung dan mereka tidak merancang untuk mendapatkan anak dalam masa terdekat ini. "Kami tidak akan mendapatkan anak lagi dalam masa terdekat ini. Bukan sekarang," katanya. Pengesahan itu dibuat beliau ketika ditemui pada majlis pelancaran Kelab 40-40 pada Rabu lalu. Khabar angin kehamilan Beyonce mula tersebar selepas penyanyi lagu If I Were A Boy itu hadir dengan perut buncit di khalayak. Pada 7 Januari lalu, pasangan selebriti itu dikurniakan seorang anak perempuan, Blue Ivy Carter yang dilahirkan di Hospital Lenox Hill, New York.


@mstar.com.my
Seri Kenanga rumah 2 tingkat, fully-furnished! Sangat selesa untuk seisi keluarga! Tempahan dibuka sekarang!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...