Syafiq Yusof baru sahaja menerima anugerah Malaysian Book of Records sebagai pengarah paling muda di Malaysia iaitu ketika usianya baru sahaja menjangkau 18 tahun bagi filem pertama arahanya ‘Saya Amat Mencintamu [SAM]‘
![Sajian Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuJ3O3CxCon3jsTx8AR5gc5T8lJm3j3TfvZ6sc5hnbHPL516oOGTJCvFnSvMDjzEGI2S4Lu0_zFdHolttOpeQZ-DoGw3ancvbjucdNTxH1-ChpFuQtOi0Pz3gPP4enZbWQl9ez3ZpseeyU/s1600/IMG_3451.jpg)
Anugerah ini pasti sesuatu yang amat dibangggakan apatahlagi ianya hadir tepat tahkala filem arahannya ini bakal ditayangkan tidak lama lagi. Syafiq yang kami temui semasa tayangan perdana SAM menjelaskan yang dirinya berasa bersyukur dengan anugerah yang diterimanya.
Walaubagaimana pun menurut anak muda ini itu bukan menjadi kayu pengukur untuk menjadikanya terbaik didalam industri ini. Katanya lagi “Saya sebenarnya tak jangka pun akan dapat anugerah ini sebab tak terfikir akannya dan bagi saya apa yang paling penting ialah menghasilkan filem yang berkualiti. Bukan mudah untuk menjadi pengarah diusia muda ini apatah lagi saya terpaksa menjaga reputasi dan juga maruah Skop production terutamanya nama ayah saya, tetapi dengan kepercayaan yang diberikan beliau kepada saya maka filem SAM inilah hasilnya”
![Sajian Raya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkCJ_VaG1f8IJpKQ62EenOgTFHFi70NnyDeYmHSzRuTs3Tl4vSCpLX0kAyicdKTniKOqC4j9D4uLWo8AjtxmRpHSeMi8dM7wQg3ntV_vts-doxkLYI9fyL2DXCaDErAFqIo1kquddKgeHl/s1600/IMG_3426.jpg)
Jelas Syafiq lagi beliau terpaksa mengambil cuti semester apabila diberi peluang untuk mengarah filem ini. ini menurutnya supaya dia dapat memberi fokus yang baik untuk filemnya yang pertama. Ditanya tentang Cabaran semasa menghasilkan filem ini jelas Syafiq “Cabaran paling besar diri saya ialah terpaksa mengejar masa pengambaran supaya ianya tidak lari dari bajet yang telah ditetapkan dan pengambaran ini dilakukan semasa bulan Ramadan ”
Pelakon yang terlibat didalam filem ini seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani & abangnya sendiri adalah hasil pemilihan Syafiq sendiri yang mahukan mereka. Katanya setiap pelakon yang berada dalam filem kali ini memberi kerjasama yang sangat baik dan mampu memberi apa yang diinginkanya untuk filem pertamanya ini.
tetapi apa yang paling penting bagi syafiq tentang arahan yang pertama ini menurutnya ialah pengalaman. “Melalui filem SAM ini saya mula memahami situasi pengarah-pengarah di Malaysia. Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan 1 filem. Jadi walaupun filem itu sampah atau teruk sekalipun saya tetap akan hormatinya kerana dari pengalaman saya ini, bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah filem.”
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment