Saturday, June 23, 2012

Tiada Masa Utk Bersosial, Mon Ryanti Fokus pada Kerjaya

Sejak akhir – akhir ini agak kerap kita melihat gadis yang berasal dari Johor iaitu Mon Ryanti muncul di layar putih. Terbaru beliau akan muncul di dalam filem yang berjudul Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS) terbitan MIG.

Mon Rya - Hanya Aku Cinta Kau seorang (Hacks)
Kelibat lakonanya yang banyak muncul untuk filem terbitan Metrowealth menimbulkan pertanyaan kepada kami tentang benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan artis dibawah syarikat tersebut disekat dari menerima tawaran berlakon untuk pihak lain.
Bagaimanapun Mon menafikan sekerasnya dakwaan tersebut sambil mengatakan dirinya juga ada menerima tawaran berlakon dari produksi lain tetapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan jadual pengambaran bersama metrowealth yang sudah diatur dari awal. Disebabkan jadualnya yang padat, Mon juga menegaskan dirinya bukanlah seorang yang leka dengan dunia sosial di luar sana terutamanya melibatkan hal-hal yang kurang baik.
Katanya “Apa yang perlu saya lakukan buat masa sekarang adalah terus fokus pada kerjaya yang sedang saya lakukan kini. Daripada Mon buang masa pada perkara yang tidak mendatangkan hasil lebih baik fokus pada kerjaya. Masa muda inilah hendak mengumpul aset supaya ada jaminan dimasa hadapan nanti”

Mon Rya - Hanya Aku Cinta Kau seorang (Hacks)
Memegang watak sebagai seorang remaja baru berkahwin di dalam HACKS tetapi tidak sampai 10 hari sudah mahu bercerai. Mon memberitahu penghayatan wataknya ini dilakukan dengan membuat persediaan terlebih dahulu apabila banyak bertanya kepada rakan-rakanya yang sudah berumah tangga. Jadi menurut Mon penghayatan emosi dan watak di dalam filem ini dapat dilakukanya dengan lancar semasa di set pengambaran.
Diakhir perbualan crew kami bersama Mon. Sekali lagi dia menjelaskan ini bukanlah sebahagian kisah kehidupanya yang sebenar. Sambil berharap watak yang dibawanya untuk filem ini tidak berlaku di kehidupan sebenarnya. Ujarnya mengakhiri perbualan “Ye la, mana ada perempuan ataupun isteri yang suka apabila berkahwin tak sampai 10 hari tapi sudah mahu bercerai. Mintak dijauhkan la dari perkara-perkara macam ni.”

Mon Rya - Hanya Aku Cinta Kau seorang (Hacks)
Mon Rya - Hanya Aku Cinta Kau seorang (Hacks)
Mon Rya - Hanya Aku Cinta Kau seorang (Hacks)
Mon Rya - Hanya Aku Cinta Kau seorang (Hacks)
Mon Rya - Hanya Aku Cinta Kau seorang (Hacks)
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...