Saturday, June 23, 2012

“Jika Anda Rasa Babak Double Meaning itu Adalah Kearah Seks Maka Jadilah Ianya Seperti Itu – Mael Lambong (Zizan)

Mael Lambong pernah mencetuskan sedikit fenomena sewaktu Zizan berada di dalam Maharaja Lawak. Siapa sangka watak picisan di pentas Maharaja Lawak itu kini diadaptasi melalui filem terbaru terbitan Excellent Pictures

Zizan Razak - Mael Lambong
Mael Lambong sudah tentulah diterajui pemilik hak ekslusifnya sendiri iaitu Zizan Razak. Menurut Zizan beliau sudah mendaftarkan watak Mael Lambong yang memberikanya hak ekslusif keatas watak tersebut selepas ini.
Menurutnya sewaktu ditemui crew kami baru baru ini memaklumkan yang dia sangat berbanggga apabila tanpa disangka watak yang diciptanya diangkat sebagai watak utama untuk tayangan filem. Tambahnya lagi “Sejuk hati saya apabila melihat watak Mael Lambong yang dilakonkan saya ini mampu membuat penonton terhibur. Bagi saya ianya bukan hanya berlandaskan keuntungan semata-mata apabila mahu mengangkat Watak ini ke layar putih tetapi yang penting saya mahu penonton terhibur apabila menontonya”
Bagi Zizan dirinya tiada masalah jika Ahmad Idham mahu membuat sambungan untuk filem ini. Tapi baginya biarlah semuanya diputuskan selepas tamat tayangan ini nanti. Jika sambutan yang diberikan penonton baik dan mengalakkan maka Mael Lambong 2 insyallah akan diadakan katanya.

Zizan Razak - Mael Lambong
Ditanya apakah perbezaan membawakan watak ini dipentas Maharaja Lawak ke filem kata Zizan “Agak susah juga untuk membawakan watak Mael Lambong ini ke filem sebab seperti yang kita lihat Mael Lambong di pentas Maharaja Lawak hanya marah sahaja tapi melalui filem ini ada juga pelbagai emosi yang kena dibawa seperti sedih.”
Bagi yang sudah menonton filem ini pasti akan perasan dengan babak-babak double meaning yang ada. Jelas Zizan lagi “Semua ini bergantung kepada pemikiran anda sewaktu menontonnya. Haluan mana yang anda nak bawa untuk babak-babak seperti itu. Jika ada yang merasakan babak double meaning itu adalah lebih kearah seks maka jadilah ianya seperti itu. Tapi jika anda fikirkanya hanya sekadar satu lawak jenaka jadi tiada isu untuk itu. Semuanya bergantung kepada anda. Kita semakin matang untuk menilai ”

Zizan Razak - Mael Lambong
Zizan Razak - Mael Lambong
Zizan Razak - Mael Lambong
Zizan Razak - Mael Lambong
Zizan Razak - Mael Lambong
@buahmulut.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...