Saturday, June 23, 2012

Desy Ratnasari Enggan Jawab Soal Perkahwinan

Desy Ratnasari
JAKARTA: Penyanyi Indonesia, Desy Ratnasari yang sudah lama menjalin hubungan dengan usahawan jam, Irwan Danny Musri masih enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai tarikh pernikahan mereka.
Laman web detikhot.com pada Jumaat melaporkan, Desy masih lagi berahsia mengenai soal peribadi.
Sebaliknya penyanyi lagu Tenda Biru itu lebih berminat menceritakan pengalamannya bergelar ibu kepada Nasywa Nathania Hamzah atau Najwa, yang berusia 10 tahun.
“Jangan tanya mengenai soal pernikahan kerana saya memang tiada jawapannya. Kalau hendak tanya pengalaman saya membesarkan Najwa bolehlah saya jawab,” katanya ketika ditemui di Ampera, Jakarta Selatan, baru-baru ini.
Sebelum ini, Desy pernah berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan Ir. Trenady Pramudya dan Sammy Hamzah.
Najwa merupakan anak hasil perkahwinannya dengan Sammy.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...