Sunday, April 1, 2012

Siapakah Pemain Bola Dunia Beragama Islam


Rata – rata pemain adalah dari Perancis dan Ivory Coast. Pemain Perancis yang paling banyak. nak taip, macam malas pulak. so ni adalah antara yang terkenal.

1. Nicolas (Bilal) Anelka

Masuk islam pada tahun 2004 di UAE selepas beberapa perbincangan secara mendalam berkenaan agama bersama – sama rakan lamanya, last2 masuk islam dengan nama Abdul Salam Bilal. Masa tu Anelka masih bermain di Manchester City dan kemudian berpindah ke Fenerbache sebelum ke Chelsea. Kini Anelka dikatakan akan berpindah ke China.

2. Franck (Bilal) Ribery

Ribery yang masuk islam disebabkan isterinya dan didik oleh isterinya. Telah mengerjakan umrah pada beberapa tahun yang lepas. Ni ayat – ayat yang pernah diungkapkan olehnya : “I pray five times a day, I do it because it enables me to be released and I feel better afterwards.”.
Yang aku pelik, org islam lain, sanggup kuar islam sebab ikut suami @ isteri……. isk2…

3. Kolo (Habib) Toure

Pemain yang berasal dari Ivory Coast yang pernah bermain di Arsenal dan kini Manchester City ini memang islam, sama dengan Keluarganya, Menjadi role model kepada belia islam British.

4. Frederick (Oumar) Kanoute

Kanoute yang memeluk islam ketika usia 20 tahun. Pernah menderma duit untuk menyelamatkan masjid daripada dijual di Seville. Pemain ini tidak mahu mengenakan jersi yang ditaja oleh 888.com dan beberapa penduduk + peminat islamnya mengumpul duit dan sponser bajunya sendiri.
Duit banyak, selamatkan masjid. pak arab lak, duit banyak, wat beli kelab BPL. haha….

5. Karim Benzema

Mamat ni pula memang mengamalakn islam secara terbuka, lebih – lebih lagi dengan kehadiran beberapa pemain islam di Real Madrid. Seorang pemain yang berbisa sebagai penyerang.

6. Samir Nasri

Mamat ni pula bermain untuk Manchester City sekarang. Girlfriendnya bukan islam. hehe… betul orang cakp, dia ni digelar ‘The New Zidane”

7. Yaya Toure

Sama seperti abangnya, dia ni practise islam seperti biasa.


8. Hatem Ben Arfa

Sumua familynya adalah islam. sekarang ini bermain untuk Newcastle. berdarah Tunisia dan merupakan warganegara Perancis.

9. Khalid Boulahrouz

Pemain belanda yang sekarang ini bermain di PSG merupakan seorang sunni. Seluruh keluarganya adalah islam.

10. Abou Diaby

Sama macam Kolo Toure dan Yaya Toure..

11. Mesut Ozil

mamat yang bermain di Real ini power bermain. Antara kesebelasan pemain di Real Madrid kini. Pernah bergaduh denga David Villa kerana David Villa mencemuh Islam.


Anelka dan Ribery di padang berdoa


Nasri sedang Berdoa

Kalau nak cek lagi player islam, klik ni:



@ulasanbolakedaikopi.net

1 comment:

Pak Long said...

islam dimana2 jua kerana hanya islam dapat menyatukan umat


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...