Saturday, March 3, 2012

Rakaman seks: Lelaki peras ugut bekas teman wanita direman


gambar hiasan
SHAH ALAM – Seorang lelaki ditahan reman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes ugutan seks terhadap bekas teman wanitanya.

Dia dikatakan menggunakan rakaman hubungan seks untuk memeras ugut mangsa untuk kepuasan seks dan wang sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek yang berusia awal 40-an ditahan di Balai Polis Puchong Jaya dan dibawa ke mahkamah Petaling Jaya untuk direman.

Menurutnya, suspek disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

"Suspek ditahan tiga hari untuk membantu siasatan," katanya.


@sinarharian.com.my


baca kesi ini! klik!



No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...