Kalau sudah dunia hiburan, dimana saja pun pasti akan berlaku masalah samada gosip ataupun ketidaksefahaman.
Terbaru dari Persatuan Seniman Malaysia yang kini diterajui oleh Harun Salim Bachik, keadaan semakin panas di kerusi presiden apabila tersebar khabar angin bahawa Timbalan Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi kini sedang mengumpul kroni untuk menguatkan lagi pucuk pimpinannya.
Sebelum ini kecoh di sebuah blog hiburan tempatan, Rotikaya, bahawa Harun Salim Bachik yang juga merangkap Presiden Seniman ingin meletakkan jawatan namun dinafikan sepenuhnya oleh pelakon veteran itu.
Apa yang lebih menarik disini ialah, jika benar Zed Zaidi sedang mengumpul kroni-kroninya selepas ini, mungkinkah pucuk pimpinan Seniman akan dipegang oleh generasi muda? Relevankah itu berlaku? Bagi OHBULAN!, dengan adanya pucuk pimpinan baru, lebih banyak pembaharuan akan diberikan. Tapi haruslah ada seseorang yang berpengalaman untuk dilantik sebagai penasihat. Kan.
Untuk pengetahuan, khabar angin juga sedang tersebar di dalam industri hiburan bahawa tidak lama lagi akan ada pemilihan baru untuk jawatan Presiden Seniman. Biasalah, dalam dunia ini, hiburan saja yang selalu ber’angin’
@rotikaya.com
No comments:
Post a Comment