gambar hiasan
SUBANG JAYA - Seorang lelaki warga Afrika maut ekoran terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Taman Desa Millinea dekat Puchong Perdana di sini selepas dipercayai cuba melarikan diri dari serbuan polis semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 2.30 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang menyerbu sebuah unit rumah di tingkat 12 yang dihuni oleh mangsa bersama tujuh lagi warga Afrika.
Ketika serbuan, polis terpaksa memecahkan pintu gril rumah kerana kesemua warga asing itu enggan membuka pintu.
Sebaik anggota polis masuk, salah seorang lelaki Afrika dilihat menuju ke balkoni dan cuba memanjatnya namun tergelincir lalu terjatuh.
Mangsa yang mati dikenali sebagai Eddy berusia sekitar 20-an dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.
Pemeriksaan mendapati seramai lapan warga Afrika yang berusia antara 25 hingga 30 tahun tinggal di rumah tersebut.
No comments:
Post a Comment