Tuesday, March 6, 2012

Lagu ‘Bawaku Pergi’ Galak Remaja Lari Rumah?

Lagu ‘Bawaku Pergi’ Galak Remaja Lari Rumah?
Mendengarkan alunan muzik dan melodi yang dilantunkan dalam lagu nyanyian duet Kaka dan Zizan Raja Lawak memang membuatkan para pendengar terpesona memandangkan lagu itu kedengaran agak bersahaja.
Sekali dengar, memang tidak ada salahnya dan tiada sebarang perkara yang pelik yang kelihatan.
Namun, jika diamati dan dihayati betul-betul lirik lagu itu, pasti ada yang terfikir makna yang tersirat disebalik ciptaan lirik lagu Bawaku Pergi itu.
Ada yang beranggapan lirik lagu itu sebenarnya mempunyai maksud seperti mengajak remaja lari dari rumah. Benarkah?
Seperti seorang pendengar yang telah mendengar lagu itu, dia telah memberikan komennya menerusi blog gosip Beautifulnara.com yang mengatakan setiap perkataan dan ayat dalam lagu itu mempunyai mesej dan maksud yang tidak sesuai untuk para pendengar terutama sekali kepada golongan remaja.
“Kalau dengar melodi, memang sedap. Catchy je. Tapi, jika diamati semula lagu nih, kalian perasan x ada yang x kena? Lagu nih ada mention “jangan bilang sesiapa”,”kita terus ke sempadan” & sbgnya. Mommy cuba dengar sampai abes. Mungkin mereka BERNIAT UNTUK TUNJUK MUDA MUDI NOWADAYS yang buat perkara2 begini [lari dari umah]. Tapi, mcm mesej x abeh. Xde conclusion macam nasihat ke hape. Mmg gitu je.”
Kalau diambil kira pandangan pendengar itu, memang ada sedikit kebenarannya kalau kita selidik lirik-lirik yang diletakkan dalam lagu tersebut.
Sebagai contoh, ayat-ayat seperti ‘tolong jangan bilang mama’, ‘buku merah jangan lupa bawa’, ‘kita lari dari realiti’, ‘pergi lebih jauh’, seolah-olah banyak memberikan maksud kehidupan ketika ingin lari dari kehidupan bersama ibu bapa.
Contoh, ‘buku merah jangan lupa bawa’ seperti menggambarkan jangan terlupa membawa ‘pasport’ ketika ingin melarikan diri.
Atau, ‘kita lari dari realiti’ dan ‘pergi lebih jauh’ memberikan maksud pergi meninggalkan ibu dan bapa serta tidak mahu kembali dengan kehidupan yang biasa.
Namun, terserah kepada pengkaji-pengkaji dan para pendengar diluar sana untuk menilai dan menyelidik sendiri lirik lagu nyanyian Kaka dan Zizan itu.
Tidak salah untuk kita memberi interpretasi atau maksud sendiri, tetapi, bagi mereka yang berkerja dalam industri seni suara, semestinya mempunyai makna dan tafsiran yang berbeza dari orang biasa.
Mungkin lirik lagu itu sebenarnya menceritakan saat-saat kegembiraan dan keterujaan sebelum ingin pergi bercuti bersama-sama teman? Siapa tahukan?
Sama-sama kita hayati lagu dan lirik ini.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...