LONDON: Aktres Jennifer Aniston berkata dia jatuh hati pada seekor kambing ketika terlibat dalam penggambaran filem terbaru, Wanderlust, baru-baru ini.
Bintang berusia 43 tahun ini berlakon bersama haiwan itu dan dia cukup teruja untuk memberikan susu kepada kambing berkenaan.
“Ketika kami mengadakan uji bakat, tidakkah pelik apabila saya bertemu dengan seekor kambing kerana saya tidak pernah memberikan susu kepada kambing seumur hidup.
“Saya tidak pernah menyusukan kambing kerana saya membesar di New York tetapi saya boleh jatuh hati pada kambing pula,” katanya seperti dipetik contactmusic.com. - IANS
No comments:
Post a Comment