SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia, Palestin dan masyarakat dunia terhadap kenyataan pro-Israel yang dinafikan oleh Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzook, semalam.
Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Anwar juga perlu menarik balik kenyataan beliau yang menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel.
Menurutnya, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa membawa semula isu ini untuk dibincangkan dalam Majlis Syura Ulamak Pas bagi dinilai dalam perspektif yang lebih sahih.
"Anwar perlu memohon maaf kepada umat Islam kerana kenyataan menyokong keselamatan Israel telah dinafikan oleh pemimpin Hamas hari ini.
"Ini kerana Dr Mousa menegaskan bahawa Hamas sama sekali tidak akan mengiktiraf Israel kerana bagi Hamas negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kenyataan Hamas ini menjelaskan bahawa Anwar telah memutar belit kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini semata-mata untuk mencapai tujuan politik.
Oleh yang demikian, Hasan menegaskan, Anwar harus berhenti dari menggunakan nama pimpinan Palestin dan ulama terkemuka dunia untuk mempertahankan pendirian beliau dalam isu ini.
Sebelum ini, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz bagi menerangkan kenyataan beliau yang sebenar dalam isu ini dan Menteri Besar Kelantan itu memberitahu memahami penjelasan yang diberikan.
Walau bagaimanapun, Hasan berkata, masih terdapat pimpinan Pas termasuk Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengambil pendirian untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai butir-butir pertemuan tersebut sebelum membuat apa-apa kenyataan.
Menurutnya, terdapat juga kalangan ulama yang lebih cenderung mengambil pendirian bahawa isu tersebut patut dibawa semula ke Majlis Syura.

@sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment