Sunday, March 4, 2012

Filem “Azura 2012″ Gagal, Gandingan Neelofa & Shahrizal Hanya Kutip RM0.61 Juta

Tidak bermakna selebriti yang selalu mucul di media cetak dan online mampu memberikan impak yang besar kepada kutipan tayangan filem.
Itulah yang berlaku pada filem “Azura 2012″ arahan oleh Aziz M. Osman, dengan belanja pembikinan filem mencecah RM1.8 juta, kutipan yang dibuat hanyalah RM0.61 juta, 3 kali lebih rendah dari kos produksi. Siapa yang tidak tahu filem asal “Azura” lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud? Filem lakonan mereka berdua ini suatu masa dahulu pernah meletup dan sehingga kini OST filem tersebut masih lagi boleh didengari di radio-radio tempatan.
Berdasarkan pemerhatian OHBULAN!, antara faktor utama kutipan “Azura 2012″ rendah adalah disebabkan oleh pelakonnya sendiri. Walaupun Neelofa dan Shahrizal mempunyai peminat mereka yang tersendiri, namun ini tidak bermaksud filem lakonan mereka boleh mendapat sambutan hangat. Antara komen yang diberikan oleh penonton selepas menonton di pawagam, boleh dilihat di laman Youtube.
“aku baru jer lepas tgk filem ni semalam. maaf cakap lah yer. filem ni “hampeh” !!. sungguh kecewa dng kualiti nya. buang duit tgk cerita ni.!! masa aku keluar dari panggung, ramai yg dok kutuk filem ni. — jalan cerita “kosong” . kalau setakat nak cerita org kaya, org miskin. dah bayk kat drama2 tV. kekuatan cerita nya HANYA TERLETAK PADA PELAKON DAN PENGAMBARAN DI LUAR NEGARA. itu sahaja. maaf yerr.. kalau terkasar bahasa. kalau nak lebih pasti korang p laa tgk cerita ni.” –rocklaundry
Ini memberikan satu tamparan hebat kepada Aziz M. Osman yang suatu masa dahulu memang terkenal dengan filem-filemnya. Kemungkinan besar Aziz sudah tidak mempunyai sentuhan ajaibnya lagi, atau sudah tiada aura seperti dahulu.
Apa pun, jangan mudah terpengaruh terhadap komen orang-orang yang sudah menonton filem, pastikan anda tonton sendiri filem buatan Malaysia sebelum memberi komen anda.
Latest Update – 23 Februari 2012
Kutipan terkini filem Azura 2012 sehingga 20 Februari 2012 ialah sebanyak RM0.93 Juta. Info dari FINAS.gov.my. Untuk pengetahuan artikel di atas ditulis pada 20 Februari 2012, beberapa jam sebelum FINAS mengemaskini kutipan terbaru filem Azura 2012. Harap maklum.
@ohbulan.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...