Anda semua pasti masih ingat bukan mengenai isu penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam filem Hantu Bonceng?
Ramai yang mengecam filem tersebut disebabkan beberapa dialog yang digunakan oleh Zizan. Ramai juga yang mempersoalkan kenapa filem itu boleh lepas ditayangkan kepada umum dengan dialog yang seakan-akan menghina Islam. Namun begitu, kutipan filem tersebut tetap meletup dan mencecah hampir RM8.35 Juta.
Kali ini, sebuah drama 13 episod arahan Ahmad Idham yang bertajuk “Ape Celop” sekali lagi dipersoalkan dan Ahmad Idham sekali lagi dituduh menggunakan perkataan suci secara sesuka hati sehingga mengundang pelbagai kontroversi. Kali ini dia dikecam kerana ada adegan dimana watak-watak “mat rempit” menyebut beberapa kalimah suci seperti Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, dan Subhanallah.
“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop. Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih.” dipetik dari mStar Online.
Ketika ditemubual oleh wartawan mStar Online, Ahmad Idham menjelaskan penggunaan ayat-ayat suci itu adalah bermotifkan kearah kebaikan.
“Jika dilihat hari ini golongan remaja dan kanak-kanak lebih terbiasa dengan ucapan seperti Oh My God, Oh!Damn dan sebagainya selain tidak lagi menggunakan kata-kata Ya Allah Ya Tuhan Ku, Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim dan sebagainya. Sepatutnya orang yang mengecam itu kena kaji balik dan tidak cepat menuduh dan mengatakan saya menghina Islam.”
OHBULAN! setuju dengan kenyataan Ahmad Idham diatas. Apa tidaknya, sekarang ini macam-macam jenis orang ada, gedik nak ‘Omaigod’ sana, ‘Ohdem’ sini. Apa pun tak boleh.
Sebelum ini, kontroversi seperti penggunaan perkataan “Ape Celop” yang bermaksud “What the f**k” telah menyebabkan Ahmad Idham turut dikecam. “Ini cokolat celup, celup celup!” Eh?
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment