Wednesday, February 29, 2012

Kaji kewujudan Hang Tuah



MOHD. ALI (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Shahruddin pada Seminar Antarabangsa Hang Tuah Sebutir Lazuardi di Persada Tamadun Bangsa di Melaka semalam.


MELAKA – Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan digalakkan mengkaji dengan lebih mendalam sejarah pahlawan Laksamana Hang Tuah bagi menyangkal pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Hang Tuah hanyalah mitos dan rekaan semata-mata.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, melalui kajian yang pelbagai, ia secara tidak langsung dapat memperbanyakkan lagi pengumpulan bukti sejarah yang belum ditemui sebelum ini berkaitan Hang Tuah.
“Dengan kajian yang konsisten, mungkin ada bukti-bukti lain yang boleh kita temui dari negara-negara luar khususnya yang pernah berdagang di Melaka suatu ketika dahulu seperti China, Belanda dan Portugal.
“Sudah tentu pedagang-pedagang ini ada menulis dan seterusnya kita boleh bukukan penulisan mereka,” katanya ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Hang Tuah Sebutir Lazuardi di Persada Tamadun Bangsa di Dewan Seri Negeri di sini semalam.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...