Siapa yang tidak kenal dengan figura pujaan Indonesia ini, kemantapan vokal,persembahan tarian energetik dan rupa paras menawan serta bersandarkan penampilan seksi menjadikan Agnes Monica kegilaan dan bualan ramai.
Acapkali tampil dengan pakaian yang ‘kurang kain’, pelantun lagu, ‘Paralyzed’ ini seperti sudah menukar angin dengan menjadikan busana bermotif batik sebagai pilihannya malah memilih kebaya sebagai busana untuk sebuah persembahan yang bakal sejarah dalam karier seninya.
Peraih tujuh anugerah JPop Asia Award 2011 baru-baru ini khabarnya telah dipilih sebagai artis pembuka acara untuk kejohanan olahraga terbesar Asia Tenggara, Sea Games yang ke-26 bermula pada Sea Games ke-26 yang bermula pada 11 – 22 November 2011 nanti.
Mengakui bangga dipilih sebagai artis pembuka di temasya sukan bertaraf dunia itu apalagi negara kelahirannya, Idonesia telah dipilih sebagai tuan rumah, Agnes kini sibuk mencari pakaian yang sesuai untuk dikenakan pada malam acara tersebut.
Menurut Agnes, dia tidak mahu mengenakan persalinan kebaya dengan skirt batik seperti yang kebiasaan dipakai sebaliknya ingin ia dipadankan dengan seluar diperincikan dengan kain renda perancis agar memberi sentuhan moden tapi klasik.
“Sebenarnya saya suka kebaya dan baju moden. Tapi ini kan Sea Games, di mana saya menyanyi untuk negara sendiri juga untuk negara lain. Jadi saya ingin tampil memakai baju kebangsaan namun tetap dengan gaya international,” ujar Agnes lyang baru saja selesai merakamkan lagu ‘Said I Love You… But I Lied’, kolaborasi dengan penyanyi AS tersohor, Michael Bolton untuk album kompilasi Michael, ‘Gems: The Duets Album’
Kalau kita di Malaysia, memang dah sering melihat pemakaian kebaya dipadankan dengan seluar (jadi tak hairan sangat). Bagaimana agaknya penampilan Agnes nanti? Mungkinkah seperti busana yang dipakainya dalam klip video, ‘Paralyzed’? Kebaya seksi dengan seluar skinny batik, Agnes memang hot! Jom layan;
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment