Wednesday, November 2, 2011

Mancini pertahan kritikan


JOHNSON (kiri) dimarahi Mancini selepas gagal beraksi dengan baik pada aksi Piala Liga minggu lalu.

LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mempertahankan tindakannya mengkritik pemain sayap, Adam Johnson.
Mancini menegaskan, beliau bertindak demikian bagi memotivasikan para pemainnya bagi menampilkan persembahan di tahap tertinggi.
Johnson dilaporkan enggan menaiki bas pasukan selepas dimarahi oleh pengurusnya itu gara-gara menampilkan persembahan yang hambar ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers pada aksi Piala Liga minggu lalu.
Persembahan pemain sayap itu tetap dikritik meskipun dia berjaya meledakkan satu gol dan menjadi penggerak kepada rakan-rakan lain untuk membantu City memperoleh kemenangan 5-2.
Dalam sidang media selepas perlawanan itu, Mancini berkata, beliau kecewa dengan persembahan Johnson yang tidak mencapai tahap sebenar ketika di tengah padang.
Pengendali kelahiran Itali itu juga mendakwa, beberapa pemain lain turut ditegur kerana beraksi hambar.
Johnson, 24, meledakkan satu gol ketika City menang 3-1 ke atas lawan yang sama pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu dan Mancini mendakwa kritikan yang dilemparkan telah meningkatkan kesungguhan pemain.
"Saya gembira dia (Johnson) rasa kecewa. Saya sayangkan Johnson. Dia seperti anak kecil dalam keluarga kamu.
"Sekiranya kamu sayangkan anak kamu, kamu perlu menegurnya dan dia perlu memahaminya.
"Saya beritahu apa yang saya mahu kerana sekiranya dia bukan seorang pemain yang baik, saya mungkin membuang masa dengannya. Tetapi dia adalah segala-galanya, saya tidak mahu dia berhenti di tahap ini dan mahu dia terus meningkat.
"Dia memiliki perwatakan menarik dan berbeza daripada pemain lain. Sebab itu, dia mampu menjadi seorang pemain sayap yang hebat dalam setiap perlawanan."
- Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...