Tuesday, November 8, 2011

Maharaja Jepun Dimasukkan He Hospital

Maharaja Jepun Dimasukkan He Hospital
TOKYO – Maharaja Jepun, Akihito dimasukkan ke hospital semalam kerana mengalami demam dan bronkitis, lapor pihak istana.
Jurucakap agensi keluarga maharaja berkata, Akihito yang berusia 77 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam berterusan dan mula menunjukkan tanda-tanda bronkitis.
Tambahnya, maharaja Akihito akan menerima rawatan di hospital Universiti Tokyo di mana cucu perempuannya, puteri Aiko pernah dirawat kerana mengalami pneumonia.
Akihito, yang naik takhta pada tahun 1989 berikutan kematian bapanya, Maharaja Hirohito, menjalani pembedahan kanser prostat pada Januari 2003. – AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...