Tuesday, November 15, 2011

Federer julang Paris Masters kali pertama



FEDERER (kiri) yang memenangi Kejohanan Tenis Paris Masters bersama Tsonga dengan piala masing-masing di Paris semalam.


PARIS - Bekas pemain no.1 dunia, Roger Federer muncul juara Paris Masters buat kali pertama dalam kariernya apabila menjinakkan pemain tuan rumah, Jo-Wilfried Tsonga 6-1, 7-6 (7/3) dalam aksi final semalam.
Ia merupakan kejuaraan ketiga pemain Switzerland itu tahun ini selepas Doha dan Basel Masters, sekaligus menyaksikan kejuaraan ke-69 buat Federer sepanjang kariernya selaku pemain tenis profesional.
"Ia memang indah, bagaikan mimpi menjadi realiti, sudah terlalu lama saya idamkan kejuaraan Paris Masters," kata Federer.
"Sejujurnya, saya juga terkejut dengan persembahan cemerlang saya dalam perlawanan itu."
Tsonga yang merupakan juara dua tahun lepas begitupun terlebih dahulu mencuri tumpuan menerusi beberapa pergerakan agresif bagi memerangkap Federer.
Namun Federer, 30, kembali tenang menguasai saingan menerusi servis yang baik sekaligus muncul juara.
Kata Tsonga, Federer memang layak untuk menang.
"Dia memang pemain yang hebat. Federer memang berhak merangkul Paris Masters sejak dahulu lagi, hanya masa sahaja yang menentukan dan kini masanya telah tiba," katanya.
Kedua-dua pemain itu juga kini mengesahkan slot untuk beraksi di Jelajah Akhir Dunia ATP di London pertengahan bulan ini. - AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...