Monday, November 7, 2011

Fatimah Selar Blogger Persoal Prioriti Kementeriannya

KUCHING: Menteri Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyelar seorang blogger tempatan kerana secara sindiran mendakwa beliau telah mengabaikan kawasan negeri Dalat, terutama selepas beliau dilantik ke portfolio sekarang.
Fatimah, satu-satunya menteri wanita dalam kabinet negeri, berkata beliau turun padang hampir setiap minggu, dan sering melawat kampung-kampung terpencil bagi melihat projek di kawasannya yang kebanyakannya didiami masyarakat Melanau dan Iban.
Beliau menegaskan demikian selepas menghadiri majlis sembelihan lembu korban Aidiladha di Semariang di sini, Ahad.
Mengulas tulisan blogger berkenaan yang mendakwa beliau terlalu fokus kepada tugas kementeriannya hingga mengabaikan pengundinya, Fatimah berkata itu pandangan peribadi blogger berkenaan yang tidak tahu pergerakannya.
Fatimah dinaikkan pangkat ke menteri penuh semasa rombakan kabinet pada 28 September lepas. - BERNAMA

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...