Saturday, November 5, 2011

Djokovic melangkah bergaya



AKSI bertenaga Djokovic ketika menentang Kubot pada Kejohanan Tenis Terbuka Switzerland di Basel semalam.


BASEL - Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic melangkah bergaya ke suku akhir Kejohanan Tenis Tertutup Switzerland di sini semalam apabila menewaskan pilihan pertama kejohanan, Lukasz Kubot.
Turun selaku pilihan ketiga, Djokovic dilihat tidak berdepan masalah apabila menang straight set dengan keputusan 6-2, 6-4 dalam tempoh 54 minit.
Persembahan bertenaga Djokovic pada lewat permainan juga menjamin slotnya ke suku akhir, meskipun beraksi hambar pada permulaan set pertama gara-gara tidak beraksi selama enam minggu akibat kecederaan sebelum ini.
"Perlawanan tadi agak mudah, saya rasa sungguh selesa beraksi di gelanggang, selain turut gembira kerana bermain dengan baik.
"Pada mulanya saya menjangkakan prestasi saya pastinya teruk selepas lama tidak beraksi. Ternyata firasat saya kurang tepat.
"Saya benar-benar berpuas hati dengan persembahan saya," katanya.
Djokovic yang merupakan juara edisi 2009 sebelum tewas kepada Roger Federer pada aksi final kejohanan sama tahun lepas memberitahu, dia cuba meningkatkan prestasi permainannya ketika berdepan Florian Mayer pada aksi suku akhir nanti.
"Sejujurnya, saya tidak cergas seratus peratus dan tidak menjangka mampu beraksi pada kali ini.
"Persembahan saya, terutamanya pukulan servis semakin hari semakin baik. Justeru, saya harus kekal positif dan mampu menyerap tekanan dalam setiap perlawanan selepas ini," ujarnya. - AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...