Monday, November 7, 2011

Budak Tinggal Dua Hari Bersama Mayat Ibu

Budak Tinggal Dua Hari Bersama Mayat Ibu

Wellington – Memilukan. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di New Zealand yang terpaksa makan apa sahaja makanan yang ada di rumahnya selama dua hari selepas ibunya meninggal dunia secara mengejut di rumah mereka.
Shylah Silbery, hanya makan keju dan baki lasagna serta susu yang masih ada selain bermain dengan anak patung kesayangannya yang digelar Possum sepanjang tempoh tersebut.
Menurut bapa saudaranya, Pete Silbery, anak saudaranya terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari kerana mengalami dehidrasi dan ruam lampin.
“Saya dapat bayangkan dalam tempoh dua hari itu bagaimana dia cuba mengejutkan ibunya itu,” katanya.
Pete berkata, kali terakhir dia bercakap dengan adiknya yang juga ibu Shylah, Lauren,28, pada 19 Oktober lalu.
“Dua hari selepas itu, kami mula bimbang kerana gagal berhubung dengannya lalu meminta seorang rakan yang tinggal berdekatan rumahnya supaya melihat mereka.
“Rakan saya itu hanya melihat seorang budak di dalam rumah berkenaan, namun ibunya tidak kelihatan, menyebabkan kami memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya.
Pete memaklumkan, ketika polis tiba, mereka terpaksa meminta Shylah menarik meja ke tepi pintu supaya kanak-kanak berkenaan dapat membuka pintu.
“Polis mengambil tindakan tersebut selepas Shylah memberitahu ibunya tidak mahu bangun,” katanya.
Jelas Pete, Shylah sudah menerima hakikat ibunya kini sudah tiada.
“Ketika keranda dimasukkan ke dalam tanah, Shylah menunjukkan ke arahnya dan memberitahu ibunya berada di dalam keranda itu,” ujar Pete yang turut memberitahu anak saudaranya itu sudah dapat menjalani hidup seperti biasa.
Dalam pada itu, pihak berkuasa masih menunggu keputusan bedah siasat ke atas Lauren namun menolak kematiannya akibat perbuatan khianat. – mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...