LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Bintang televisyen, Kim Kardashian (gambar) menyatakan dia tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa apabila memutuskan untuk menamatkan perkahwinannya selepas baru 72 hari berumah tangga.
Pengakuan tersebut dibuat bintang realiti televisyen berusia 31 tahun itu dalam mesej kepada para peminatnya di laman webnya kelmarin, sehari selepas dia memfailkan untuk bercerai dengan pemain bola keranjang profesional AS, Kris Humphries.
Pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis mewah selama dua jam yang turut disiarkan dalam program realitinya, E! Kardashian.
Mengulas mengenai perpisahan mereka, bintang realiti itu berkata, dia berkahwin atas dasar cinta dan tidak akan berkahwin semata-mata untuk melariskan program realitinya.
Namun, pada masa yang sama, dia mengakui terperangkap dalam kesibukan dan penggambaran siri realiti tersebut.
"Apabila saya sedar saya sepatutnya menamatkan perkahwinan saya, saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dan saya juga tidak mahu mengecewakan ramai orang," jelas Kardashian. - AP
No comments:
Post a Comment