Wednesday, November 2, 2011

Anak PM Shopping Beratus Ribu RM Di Perth

Anak PM Shopping Beratus Ribu RM-Di Perth


PENULIS sebenarnya sudah menjangka, sebaik saja kisah 3R (raba, ramas dan rasuah) anak Ketua Menteri Pulau Pinang menjadi isu politik hangat, maka akan adalah pula nasab-nasab keturunan pemimpin Barisan Nasional (BN) pula yang akan menjadi sasaran pembangkang sebagai tanda tindak balas.
Dan ternyata jangkaan itu tidak silap apabila media condong Pakatan Rakyat memetik laporan sebuah akhbar Australia baru-baru ini kononnya anak Perdana Menteri berbelanja sebanyak AU$60,000 atau RM 180,000 untuk membeli belah di Perth.
Kebetulan pula Perdana Menteri berada di Perth menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
Dalam cubaan memberikan ‘perisa’ kepada laporan tersebut, disebutkan juga bahawa selain anak Perdana Menteri, ada seorang lagi wanita (tidak disebut nama) yang turut hadir dalam persidangan tersebut berbelanja sebanyak AU$150,000!!!
Dari pemahaman penulis, semua ini adalah semata-mata untuk memberikan gambaran bahawa keluarga Perdana Menteri memang suka membazir dan membeli barangan-barang mewah yang kemudiannya akan dikaitkan dengan nasib sesetengah rakyat negara kita yang hidup dibawah paras kemiskinan. Ini adalah skrip yang berulang-ulang semenjak dua ini.
Cubaan yang menarik tapi pada hemat penulis, tidak cukup bijak.
Ini kerana, dari maklumat yang penulis dapat, Nooryana Najwa Mohd Najib yang didakwa berbelanja sebanyak itu sebenarnya tidak langsung tersenarai sebagai salah seorang anggota delegasi yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Perth.
Jika yang empunya badan tidak turut serta, bagaimana pula dia boleh berbelanja di sana…misteri?
Untuk mengesahkan maklumat itupun bukan susah, rombongan Perdana Menteri disertai ramai orang yang lain.
Sesiapapun diantara mereka ini yang boleh dengan mudah mengesahkan jika anak Perdana Menteri hadir menyertai delegasi tersebut atau tidaknya. Paling tidak Ahli Parlimen Pakatan boleh mengemukakan soalan berkaitan di Parlimen.
Dalam keadaan sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin menyusut dari hari ke hari, penyiaran dan penyebaran berita yang sedemikian hanya akan menambah kepada statistik penurunan tersebut.
Sudahlah begitu banyak berita yang cuba menjatuhkan reputasi keluarga Perdana Menteri sebelum ini dipatahkan dengan mudah oleh media pro kerajaan (seperti dalam kes cincin berlian USD24 juta yang konon dibeli Datin Seri Rosmah), jangan laporan yang inipun akan memberi impak yang buruk kepada Pakatan Rakyat juga.
Ini terang-terangan serangan yang bodoh…sama ada di pihak media Australia atau media tempatan kerana Nooryana memang sama sekali tidak berada di Australia.
Seperti biasa, yang paling galak memainkan isu itu antaranya adalah media ‘telus dan seimbang’ kononnya…Malaysiakini.com.
@mynewshub.my
ramai yg benci rosmah..? kenapa ek..? ramai cakap najib akan jatuh pasal rosmah..? hmmm... kita tunggu dan lihat sahaja... sebagai rakyat biasa banyak perkara yg kita tidak tahu benar atau salah.. 
pening pak najib kita...hik

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...