Thursday, October 20, 2011

Westlife Sah Bakal Berpecah Selepas Album Kompilasi, Konsert Terakhir 2012


Tidak kami sangka pertemuan dengan Westlife awal Oktober merupakan pertemuan pertama & terakhir kami — Westlife mengumumkan mereka akan berpecah.
Ketika sidang media berlangsung sebelum konsert bermula, Westlife ada menafikan khabar angin yang mengatakan mereka akan berpecah tidak lama lagi — mereka lantas menafikan.
Menurut salah seorang anggota Westlife, mereka akan terus bersama kerana ini merupakan perjuangan muzik mereka dalam sebuah kumpulan yang telah di’tubuhkan sejak 14 tahun lepas.
Namun hari ini, menerusi beberapa sumber yang sahih Westlife berkata mereka akan berpecah selepas muncul’nya album kompilasi lagu lagu terbaik mereka sekitar November 2011.
Menurut Westlife juga, pilihan untuk berpisah ini merupakan pilihan hidup yang baru buat mereka kerana masing masing ingin mencuba sesuatu yang berlainan dalam karier muzik masing masing.
Sebuah konsert jelajah musim panas 2012 sudah di’rancang sebagai ucapan selamat tinggal kepada peminat & jika Malaysia tidak di’senaraikan, anggap sahaja konsert yang lalu merupakan konsert terakhir Westlife.
@rotikaya.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...