Monday, October 31, 2011

Van Pelt muncul juara



Tuanku MIZAN ZAINAL Abidin (dua dari kanan) bergambar bersama juara edisi kedua Kejohanan Golf CIMB Asia Pacific Classic Malaysia 2011, Bo Van Pelt (dua dari kiri) di The Mines Resort & Golf Club semalam.


PEMAIN golf Amerika Syarikat, Bo Van Pelt mengatasi rakan senegaranya, Jeff Overton dengan kelebihan enam pukulan untuk menjuarai Kejohanan Golf CIMB Asia Pasifik Klasik Malaysia di The Mines Resort & Golf Club semalam.
Ini merupakan kejuaraan Jelajah PGA kedua dalam kariernya dan dia menerima trofi berprestij bersama wang tunai AS$1.3 juta (kira-kira RM4 juta) daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Kejohanan CIMB Asia Pasifik Klasik Malaysia diiktiraf bersama oleh Jelajah PGA Amerika Syarikat dan Jelajah Asia.
Pada pusingan terakhir semalam, pemain berusia 36 tahun itu sekali lagi bebas bogey apabila mencatat tujuh birdie untuk tujuh di bawah par 64.
"Saya mahu melakukan yang terbaik ketika saya berada di depan dan saya berpuas hati dengan cara permainan saya hari ini," kata Van Pelt yang mengumpulkan 23 di bawah par 261 sepanjang empat hari kejo- hanan.
Sementara itu, Overton yang masih mencari kemenangan pertama Jelajah PGA Amerika Syarikat menyifatkan, berada di tempat kedua adalah prestasi terbaiknya pada kejohanan ini.
Dia menamatkan kejohanan itu dengan catatan 17 di bawah par 267 selepas melaku- kan dua di bawah par 69 hari ini.
Cabarannya berakhir selepas melakukan dua bogey berturut-turut pada lubang ke-12 dan 13 apabila terpaksa membuat pukulan dari belakang sebatang pokok.
Overton yang membawa pulang wang tunai AS$550,000 (RM1.7 juta) berkata, momentum permainan beranjak apabila Van Pelt mencatat birdie pada lubang yang dia sendiri lakukan bogey.
Pemain Sweden, Fredrik Jacobson yang sentiasa mengekori Van Pelt, menduduki tempat ketiga dengan 13 di bawah par 268.
Juara bertahan, Ben Crane yang menghadapi empat hari yang sukar menamatkan cabaran pada kedudukan ke-20 bersama pemain Thailand, Kiradech Aphibarnrat dan Jonathan Byrd dari Amerika Syarikat selepas mengumpulkan 10 di bawah par 274.
Pemain Malaysia, Danny Chia yang berjaya menggembirakan peminat tempatan, menamatkan hari ini dengan satu di bawah par dengan jumlah keseluruhan 12 di bawah par 272 dan berkongsi tempat ke-13 bersama lima lagi pemain. - Bernama

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...