Sunday, October 30, 2011
PEMINAT RAYU ZUL PUJUK ABBY
Buang yang keruh ambil yang jernih!
Begitulah serba sedikit rayuan daripada peminat Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin memohon agar pelakon itu memujuk kembali Abby Abadi yang sedang berduka. Kata segelintirnya, mereka amat sedih melihat hubungan yang terjalin mesra sejak sekian lama itu 'terputus' begitu sahaja di tengah jalan.
"Zul dah break dengan abby.... takde jodoh... kasihan abby, baca kat blog abby, zul macam tak nampak je abby ada kat sisi dia selama ni.... orang dah popular, lupa la semuanyer... sabar abby yek... ada yang lebih baik dari zul... saya pun nak unlike dah page zul nih," ujar seorang rakan facebook Zul dipetik sebagai berkata.
"Please pujuk Abby Abadi.. please.. please...!!!" Rayu seorang peminat lain yang simpati terhadap Abby.
Melihat perkembangan tersebut, dapatlah difahami bahawa ramai yang mahu melihat cinta antara Zul dan Abby bertaut kembali. Selain simpati dengan nasib Abby yang 'kehilangan' suami, mereka juga simpati dengan cinta kali keduanya yang turut musnah.
Bagaimanapun, inilah yang dikatakan takdir. Kerana jodoh dan pertemuan itu sebenarnya sudah ditakdirkan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Sebagai manusia yang lemah, kita seharusnya menadah tangan memohon doa agar Allah memberikan kehidupan yang lebih baik dikemudian hari.
@myartis.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia
Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...
No comments:
Post a Comment