Sebelum ini, Tun Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa lambakan filem seram mempengaruhi masyarakat dan menggalakkan kepercayaan karut yang mengakibatkan masyarakat tidak produktif dan tidak mampu selesaikan masalah secara saintifik.
Tun Mahathir juga turut menyuarakan bahawa pengaruh filem seram tidak menjana pemikiran dan minda akan mudah percaya pada perkara tahyul. Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! telah menemui Datuk Yusof Haslam di siri Jelajah Festival Filem Malaysia 24 (JFFM 24) Johor Bharu dan berjaya mendapatkan respon dari beliau.
“Bagi saya, mengarah filem seram adalah hak masing-masing. Tak salah untuk mempunyai banyak filem bergenrekan seram, yang penting mesti ada pengisian penting,” ujar Datuk Yusof Haslam memulakan perbualan.
Datuk Yusof Haslam turut menambah, “Setiap produksi sepatutnya mempunyai banyak genre filem, dan saya turut rasakan bahawa pandangan Tun Mahathir adalah jujur.”
Ketika ditanya adakah filem-filem seram ini boleh merosakkan pemikiran penonton dan boleh mewujudkan gangguan mental, Datuk Yusof Haslam menjawab,
“Bagi saya benda ini agak subjektif, hari ini saya harus mengaku dunia tanpa sempadan. Banyak lagi filem-filem diluar, bukan merosakkan masyarakat, yang penting jangan mudah terpengaruh,” ujar Datuk Yusof Haslam.
“Saya tak setuju jika anda katakan filem merosakkan audiens. Sebagai orang filem, kami turut mempunyai peranan untuk sampaikan mesej dalam setiap filem. Contohnya, kalau ada watak jahat, mesti ada jawapannya kenapa watak itu diwujudkan supaya penonton tahu mesej yang ingin disampaikan,” tambah Datuk Yusof Haslam lagi.
Datuk Yusof Haslam turut menyampaikan sedikit nasihat kepada anak-anaknya, Syamsul Yusof dan juga Syafiq Yusof sebagai pengarah filem.
“Buat filem yang kamu rasa mempunyai jiwa dan mesej yang dekat pada masyarakat. Sebagai pengarah, seseorang itu harus berani membuat pembaharuan dan mengambil risiko,” ujar Datuk mengakhiri perbualan.
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment