Wednesday, October 19, 2011

blog makan2 jalan2 best!


sebuah blog santai dalam pengembaraan blogger mencari makanan yg enak da sedap..hik..layan..
Restoran Periuk Belanga di Kelana Jaya menawarkan
pelbagai menu menarik untuk pelanggannya.
Menu istimewanaya ialah makanan laut seafood.
Ia terletak bersebelahan Restoran MakananCina Muslim
Restoran ini yang terletak di Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya,
adalah begitu sesuai untuk makan bersama keluarga.

Restoran Tupai-Tupai mula membuka cawangan pertamanya di
No. 551 A & B,Jalan Bukit Bintang, Off Jalan Istana, Kuala Lumpur.
Restoran ini menyajikan gabungan luas makanan kegemaran Malaysia
dari Kuey Teow Goreng Cina, Mee Goreng Mamak dan Asam Pedas Melayu.
Di Shah Alam, Restoran Tupai-Tupai boleh dikunjungi di
No 2, Jalan Lompat Tinggi,
13/33 Seksyen 13,
40100, Shah Alam.
Selangor.
Tel/Fax : 03-51262525
(Berhadapan Old Town White Coffee)
Ia turut mempunyai cawangan di Ampang & Bangi.
Untuk maklumat lanjut layari laman web berikut:

Champ Elysees merupakan pusat belibelah utama kepada kotaraya
Paris kerana ia dipenuhi dengan deretan butik-butik berjenama mewah.
Restoran-restoran terkenal yang menawarkan pelbagai
menu tersedia untuk persinggahan pelancong.
Jalan ini juga terkenal sebagai tempat sambutan
perarakan penting seperti Bastille dan Le Tour de France.
Pengunjung juga boleh menyusuri Champs Elysees untuk bersantai untuk menikmati
window shopping yang menawarkan dereten butik berjenama yang ada.

Kadar sewaan gedung-gedung toko mewah ini adalah di antara yang termahal di dunia.
Bagi para pengunjung mereka boleh memilih untuk:
Membelibelah atau window shopping
Memandu kereta Lamborghini dengan sewaan 89 Euro
Melihat gelagat seniman jalanan membuat persembahan tarian terkini
Atau bersantai sambil berbual-bual.

Sekiranya Anda ingin mencuba makanan Pakistan & Mughal asli
kunjungi Restoran Menara di USJ, Subang Jaya.
Restoran ini terletak di USJ 9 dan boleh dikunjungi di alamat:
No. 1.1 & 3.1, Jalan USJ 9/5P,
UEP Subang Jaya,Selangor.
Tel: +603-8024 6751
email: amjadsabar@hotmail.com
Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 10.30 malam.
Antara menu tersedia termasuk Seekh Kebab Kambing atau Ayam @RM13.50;
Butter Chicken (1/4) @ RM 18.00, Seafood Briyani @RM 17.00 dan pelbagai jenis roti Naan.
Selamat mencuba.

Sekiranya anda mahu mencuba Asam Pedas di kopitiam,
apa kata mencubanya di Old Timer Kopi di Bangi.
Restoran ini terletak di Pusat Bandar Bangi, Seksyen 9,
- di penghujung jalan sederetan dengan Bangi Kopitiam.
Apa yang membezakan kopitiam ini dengan yang lain ialah kepelbagaian menunya.
Di samping itu ia juga menyediakan roti berlauk rendang daging atau ayam.
Makanan lain sama seperti di kopitiam lain iaitu pelbagai jenis roti bakar dan
minuman panas & sejuk.
Anda juga boleh mencuba mee mamak yang tersedia.

anda minat baca blog sila ke sini...

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...