Wednesday, October 19, 2011

Bekas Ratu Cantik Colombia Nafi Seludup Dadah

Bekas Ratu Cantik Colombia Nafi Seludup Dadah

Buenos Aires – Seorang bekas ratu cantik Colombia menafikan tuduhan bahawa dia terlibat dalam pengedaran dadah.
Angie Sanclemente Valencia, 31, memaklumkannya dalam perbicaraan hari pertama di mahkamah di sini, atas dakwaan melatih wanita muda untuk menyeludup dadah ke Eropah dari Mexico.
Menurut Valencia, dia datang ke Argentina untuk berkahwin, bukannya menyeludup dadah.
Sebaliknya apa yang dilakukannya, adalah membuat beberapa panggilan bagi pihak teman lelakinya, Nicolas Gualco yang juga tunangnya.
Valencia ditahan di Buenos Aires pada bulan Mei tahun lalu selepas beberapa bulan melarikan diri.
Selain Valencia, temah lelakinya dan lima lagi suspek turut dibicarakan.
Bekas model itu juga memberitahu mahkamah, dia melarikan diri selepas teman lelakinya ditangkap, kerana bimbang akan dirogol di dalam penjara.
Peguam belanya dalam pada itu menjelaskan bahawa tidak ada bukti untuk mensabitkan Valencia, sebaliknya dia ditangkap kerana hubungannya dengan Gualco.
Siasatan kes itu bermula selepas seorang lagi suspek dalam kes berkenaan ditangkap kerana membawa 55 kilogram dadah dalam penerbangan ke Cancun di Mexico.
Valencia memenangi pertandingan ratu cantik di Colombia pada 2000.
Namun kemenangan itu dibatalkan selepas dia melanggar peraturan kerana sudah berkahwin.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...