Sunday, October 30, 2011

Bekas PM Didakwa Terlibat Dalam Pembunuhan

Bekas PM Didakwa Terlibat Dalam Pembunuhan
KIEV, UKRAINE – Pihak berkuasa Ukraine menjalankan siasatan berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri negara itu, Yulia Tymoshenko terlibat dalam pembunuhan dua individu iaitu seorang penggubal undang-undang dan seorang ahli perniagaan pada 1996.
Timbalan Peguam Negara,  Renat Kuzmin berkata, pihaknya kini menyiasat sama ada pembunuhan itu dilakukan dengan menggunakan wang Ttymoshenko atau beliau sendiri yang mengarahkan pembunuhan itu.
“Kita mesti memberitahu orang ramai sama ada jenayah ini dilakukan. Maklumat yang ada perlu disiasat.” katanya.
Pejabat Tymoshenko bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan sebagai mengarut
Dakwaan ini menyukar usaha untuk membebaskan Tymoshenko yang kini dipenjarakan selama tujuh tahun atas tuduhan rasuah.
Dalam masa yang sama juga, beliau berdepan dakwaan baru iaitu salah guna dana kerajaan melibatkan jumlah AS$405 juta.
Hukuman penjara yang dikenakan oleh Tymoshenko itu didakwa sebagai usaha menghalang beliau daripada bertanding semula dalam pilihan raya parlimen.
Ia turut mendapat perhatian Amerika Syarikat dan Eropah yang menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas beliau bermotifkan politik.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...