Shia yang pada waktu itu sudah terlalu mabuk telah mengganggu ketenteraman tetamu sekeliling. Seorang tetamu telah menegur Shia dengan tenang, “Hey, hati-hati.” namun dibalas kasar oleh Shia, “Oh ya? Kalau tidak? Kau nak buat apa?”
Perkara ini membuatkan lelaki itu berang lalu menyebabkan sedikit pertengkaran dan difahamkan Shia teruk dibelasah. Selepas itu, seorang artis hip-hop tempatan, Carter, yang juga pengunjung bar itu cuba untuk menenteramkan Shia tetapi Shia telah mengugut untuk mengeluarkan pisau.
Saat itulah, dikatakan Carter telah menahan Shia dengan cepat kerana menganggap ugutan pisau adalah sesuatu yang serius. Selepas itu, Shia LaBeouf berlalu pergi namun setelah beberapa ketika, dia berpatah balik dan menunjukkan isyarat “cantas leher” di luar bar.
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment