COMEL... Bridgette bersama adik lelakinya, Brad diiktiraf sebagai pasangan adik-beradik terpendek di dunia.
AKTIF... Bridgette menjadi anggota kumpulan sorak di kolejnya.
Merenung ke arah skrin komputer riba, Bridgette memerlukan sedikit usaha untuk mengendalikan tetikus komputer di atas meja merah jambu.
Namun, itulah cara kehidupan seharian orang kerdil berusia 22 tahun itu - yang juga penyanyi, anggota kumpulan sorak bersama rakannya di Kolej Kaskaskia.
Dia kini mempunyai sebab untuk bersorak lebih kuat - selepas dimahkotakan sebagai wanita terpendek di dunia, sebagaimana dicatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness yang kelihatan lebih besar berbanding dirinya jika diletakkan bersebelahan Bridgette.
Bridgette daripada Sandoval, Illinois, Amerika Syarikat yang berketinggian 0.69 meter - turut memegang rekod sebagai pasangan adik- beradik terpendek, bersama adik lelakinya, Brad. Kombinasi ketinggian pasangan itu ialah 1.65 meter.
Ketika ditanya perasaannya mendapat gelaran itu, yang dirampas daripada Elif Kocaman daripada Turki yang berketinggian 0.71 meter, dia berkata: “Ia perasaan yang hebat’.
“Memang hebat menjadi orang kerdil. Saya percaya setiap orang perlu yakin dengan diri sendiri.”
Brad yang berketinggian 0.96 meter dan gemar bermain bola keranjang serta mempelajari seni tempur karate, menambah: “Harap- harap ia akan membantu orang ramai menyedari tiada masalah untuk menjadi individu yang berbeza.”
Pasangan kerdil itu menghidap Majewski osteodysplastic jenis II.
Mereka tinggal bersama ibu bapa di Sandoval dan belajar di Kolej Kaskaskia.
Sementara itu, Iyoti Amge, 17, dari Nagpur, India kini diiktiraf sebagai remaja terpendek di dunia dengan ketinggian 0.60 meter.
No comments:
Post a Comment